Toyota Celica Supra bernadikan enjin V8 - RM75 ribu sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Lupakan seketika hype yang melanda para peminat Supra JZA80 $500 ribu dan Supra A90 yang baharu sahaja dibida pada harga $2.1 juta kerana ia sememangnya mainan orang yang beruang (berwang). 

Jika anda masih merupakan peminat Supra akan tetapi tidak mahu terlibat dengan kedua-dua Supra yang disebutkan diatas, anda boleh melihat contoh yang kami bawakan ini. 
 


Ya, kembali ke zaman pertengahan 1980-an di mana ia merupakan zaman kegemilangan Toyota Celica Supra  1985 dengan badan liftback dan retractable headlight yang sangat seksi ini. 

Ketika fasa produksi sekitar tahun 1981-1985, Toyota Celica Supra ini didatangkan dengan variasi enjin empat silinder dan enam silinder sebaris, dengan varian tertinggi menerima enjin enam silinder 2.8 liter 5M-GE berkuasa 147 kuasa kuda. 
 


Namun, dengan kehadiran enjin yang lebih berkuasa menidakkan khidmat enjin asal Celica Supra ini, lantas nadi daripada Lexus, saudara mewahnya dibawa masuk ke dalam ruang enjin kereta ini.

Enjin bentangan V8 1UZ-FE diambil daripada generasi pertama Lexus LS400 dan dalam keadaan standard mampu mengektrak 256 kuasa kuda dan daya kilas 353 Nm, sebelum disalurkan kepada kotak gear manual R134 daripada Toyota Supra 1990.
 


Bahagian luar Celica Supra V8 ini telah direstorasi kembali kepada standard, hanya rim Rota dengan tayar bersaiz 275 menghiasi ruang arca roda. 

Berita baiknya, Toyota Celica Supra ini untuk dijual pada harga £13,995 atau $18,029 (RM74,416++), sedikit murah berbanding Supra JZA80 ($500 ribu) dan Supra A90 ($2.1 juta). 

 

Baca: Toyota Supra JZA80 terus melambung kepada RM2 juta!

Baca: Model Pertama Produksi Toyota Supra 2020 dibidaRM8.64 juta!

 


Tawaran pakej yang sangat menarik, bukan?