Toyota Camry S-Edition - untuk pasaran Russia sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Sedan segmen D yang dibangunkan daripada platform TNGA, Toyota Camry bukan sahaja sedap dipandu, malah rupa juga dah lari daripada imej kebiasaan yang dikaitkan dengan kereta pakcik-pakcik surau.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di Russia, pihak Toyota menawarkan sedan saiz pertengahan tersebut dengan pakej stail edisi khas dikenali sebagai Camry S-Edition, versi yang "paling garang dalam sejarah kereta Toyota Russia". 

Dari segi luaran, anda boleh mendapatkan layangan warna dua tona dengan bumbung, tiang A, perumah cermin sisi, spoiler pada boot lid, dan juga kemasan di bahagian pintu berwarna hitam. 

 


Perubahan tersebut diteruskan dengan pemakaian rim dua tona bersaiz 18 inci, elemen merah pada bumper hadapan dan belakang, efek asap pada lampu belakang dan logo S-Edition di bahagian tersebut.

Tema sporti turut diteruskan di bahagian ruang kabin seperti jahitan merah yang boleh didapati pada kerusi sports, papan pemuka, serta perehat tangan di tengah. 
 


Pun begitu, imej sporti ini tidak selari dengan kuasa yang ditawarkan daripada enjin standard, di mana Camry ini kekal dengan nadi 2.5 liter yang menghasilkan 179 hp dan 231 Nm dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan. 

Dijual pada harga 2,104,000 rubles* (matawang Russia), Toyota Camry S-Edition ini hadir dengan kelengkapan standard seperti lampu LED, Toyota Safety Sense, serta pakej Winter Comfort. 

*RM135,806 mengikut kadar pertukaran matawang semasa
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan gambar yang sengaja digelapkan itu, terdapat beberapa petunjuk yang boleh dijadikan…
Berita Global
Toyota Camry Hybrid XSE   Lihat sahaja koleksi gambar di dalam artikel, si merah yang bernama …
Informasi
Untuk makluman, Toyota Camry sebenarnya telah pun wujud di pasaran sejak dari tahun 1979 menerusi…