Toyota Camry ini bukan biasa-biasa - Dipasang menggunakan 500K unit LEGO®

oleh Muhammad Md Tajudin|
Salah satu permainan kegemaran kanak-kanak ialah cantuman LEGO®. Bukan kanak-kanak sahaja malah ia menjangkau ke orang dewasa walaupun begitu menyakitkan apabila terpijak di atas lantai.

LEGO®  bukan sahaja permainan malah ia baik dalam perkembangan otak kanak-kanak.

Lebih mengujakan apabila permainan ini dicantumkan ke dunia orang dewasa. Ini apa yang dibuat oleh Toyota apabila membina model replika Camry saiz penuh menggunakan 500,000 blok LEGO®.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Toyota Camry LEGO®

 

Bukan sahaja dibina dengan jumlah yang banyak, Camry replika ini juga seberat satu tan!

Toyota Camry LEGO® ini dipertontonkan pada Pameran Brickman Awesome di Melbourne pada 21 Mac hingga 29 April lalu.

Replika Camry ini dipasang dengan pelbagai perincian seperti logo Toyota pada roda aloi, ejaan Hybrid dan juga lampu utama, lampu isyarat dan lampu brek yang berfungsi.

 

Toyota Camry LEGO®

 

Projek ini dipasang oleh bukan calang individu, ia direka bentuk oleh Ryan 'The Brickman' McNaught yang merupakan satu-satunya profesional LEGO® di kawasan hemisfera selatan dan hanya seorang dari 14 individu di dunia.

Masa yang diambil juga begitu lama iaitu memakan masa 900 jam dan lebih dari lapan minggu untuk disiapkan. Tempoh tersebut juga 40 kali ganda lebih lama berbanding untuk memasang sebuah kereta dari proses stamping panel, pematerian, mengecat, memasang dan memeriksa.

 

Toyota Camry LEGO®

 

Setelah habis tempoh pameran apakah nasib Toyota Camry LEGO® ini?

Tidak berani hendak bertanya kerana ini adalah kerja seni dan sayang betul jika dirombak semula.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Toyota Camry LEGO®

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…