Toyota Camry Hybrid 2021 facelift - penampilan lebih kemas

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Camry generasi kelapan telah pun menerima versi facelift baru-baru ini, dan untuk pasaran Eropah yang kini mempunyai peraturan pelepasan emisi yang semakin ketat, varian Camry Hybrid juga turut menerima kemasan yang lebih kemas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perubahan yang ketara diperlihatkan pada bahagian bampar hadapan dengan penampilan bahagian gril atas dan bawah serba baharu, ditambah dengan elemen krom pada kiri dan kanan bahagian tersebut.

 


Bar bawah bampar hadapan tersebut boleh dilayangkan warna hitam atau Dark Grey, dan penampilan baharu ini menjadikan rupa Camry 2021 lebih lebar dan dinamik.

Set rim pula adalah bersaiz 17 atau 18 inci dengan rekaan baharu, dikemaskan dengan warna Deep Metal Grey.

 


Untuk ruang dalaman pula,  kelengkapan yang didatangkan termasuklah skrin infotainmen terapung bersaiz 9 inci dengan kehadiran butang dan tombol fizikal, serta sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto.

Kemasan warna dalaman boleh dipilih dalam upholsteri kulit premium Beige atau hitam, dan hadir dengan kemasan herringbone untuk membenarkan ventilasi pada tempat duduk, selain trim Black Engineered Wood dan Titanium Line pada papan pemuka.

 


Meneruskan tradisi menyediakan kereta selamat, adalah kehadiran ciri terkini Toyota Safety Sense yang merangkumi ciri seperti sistem pra-pelanggaran, bantuan stereng kecemasan, Intelligent Adaptive Cruise Control, Bantuan Papan Tanda, Bantuan Pengekalan Laluan dan Bantuan Membelok di Persimpangan.

Dari segi kuasa, tiada sebarang perubahan terhadap sistem hibrid terdiri daripada enjin empat silinder sebaris 2.5 liter dan bantuan motor elektrik yang mampu menghasilkan output gandingan 215 kuasa kuda.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hal ini didedahkan sendiri oleh UMW Toyota dalam satu siaran media berhubung Dasar Automotif…