Toyota Camry Black Edition sempena 40 tahun di Jepun, lawa!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Camry 40th Anniversary Special Edition
Toyota Camry 40th Anniversary Special Edition
Toyota Camry baharu sememangnya mempunyai reka bentuk menarik. Ia hadir dengan reka bentuk sporti terutama sekali bampar depan yang agresif.

Camry mempunyai dua gayaan utama iaitu pasaran Amerika Syarikat dan seperti yang kita terima di pasaran tempatan dan negara ASEAN lain.

Camry pasaran AS lebih kepada gayaan sporti manakala pasaran tempatan cenderung ke arah eksekutif.

Pengguna di Jepun pula ditawarkan dalam dua reka bentuk berbeza tersebut selain varian istimewa TRD dan Modellista.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota Camry Black Edition

Camry merupakan sebuah model ikonik dan bersejarah, pada 1980 Toyota memperkenalkan Celica Camry di Jepun yang kini memasuki ulang tahun ke-40 dan ada sebuah edisi khas bagi meraikannya.

Ini adalah model tersebut, Toyota Camry 40th Anniversary Special Edition.

Camry mendapat nama secara penuh melalui model baharu pada 1982 dan terus berevolusi dan dijual sehingga kini di lebih 100 buah negara dan pasaran.

 

Toyota Camry Black Edition

 

Camry Black Edition dibezakan dengan beberapa ciri istimewa seperti berikut:

  • Warna hitam Precious Black Pearl.
  • Roda aluminium 18 inci warna hitam.
  • Bahagian bawah gril warna perak.
  • Kerusi balutan kulit warna merah atau hitam.
  • Kerusi depan dengan fungsi pemanas.
  • Kerusi penumpang sisi dengan empat larasan berkuasa.
  • Lampu utama dan belakang dengan kesan asap/kelabu (smoked).
  • Turut ditawarkan dalam warna luar White Pearl Mica dan Emotional Red II dengan kombinasi warna Attitude Black Mica.

 

Toyota Camry Black Edition

 

Dari segi teknologi keselamatan, Camry WS dan Camry G dilengkapi Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Auto Brake dan Parking Support Brake.

Toyota Camry WS Black Edition digerakkan rangkaian kuasa hibrid THS (IIA25A-FXS 2.5L Dynamic Force) dan ditawarkan pada harga 4,208,000 yen (RM166,992) untuk pacuan 2WD dan 4,406,000 yen (RM174,850) bagi pacuan E-Four.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Toyota Camry