Toyota Camry Artisan Spirits - lebih garang daripada biasa!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Generasi terdahulu Toyota Camry seakan kurang diminati kerana rupanya yang dikhaskan kepada golongan pesara kerajaan baru lepas dapat pencen/KWSP.

Namun, dengan pengenalan generasi terbaharu Toyota Camry yang lebih sporty, ia telah mencetuskan kembali minat bukan sahaja dari golongan tua, bahkan golongan muda remaja seperti penulis (ehem..). 

 


Jika rupa standard sudah cukup untuk menggetarkan tulang rusuk kiri, anda perlu melihat hasil karya yang dibangunkan oleh sebuah firma penala dari Jepun, Artisan Spirits.

Bermula dari aspek kosmetik, Toyota Camry ini menerima pelbagai aksesori seperti splitter hadapan kustom, skirt badan sisi, dan diffuser belakang yang memberikan stance yang lebih agresif. 
 


Kemasan kecil seperti spoiler pada trunk belakang dan spoiler bumbung gentian karbon turut menampakkan Toyota Camry ini lebih menyerlah. 

Butiran pada sistem suspensi tidak didedahkan, namun kemungkinan besar Artisan Spirits telah menala aspek tersebut bagi memberikan ruang kelegaan tanah yang kurang berbanding Camry standard.
 


Set rim daripada OZ Racing digunakan untuk menghiasi keempat-empat ruang arca roda sebelum ia diakhiri dengan set empat tip ekzos ala-ala Lexus IS F. 

Pihak Artisan Spirits sudah mula menjual kesemua aksesori yang disebutkan di atas untuk pasaran Jepun, dan anda boleh melihat senarai tersebut menerusi pautan di bawah.
 

Artisan Spirits