Toyota cadang jual kereta elektrik dengan bateri solid-state bermula 2022

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Toyota dilaporkan akan mula menjual kenderaan EV mereka dengan bateri keadaan pepejal atau solid-state battery seawal tahun 2022.

Selasa lalu akhbar Chunichi Shimbun melaporkan bahawa kereta elektrik atau EV baharu Toyota itu akan dibina di atas platform serba baharu dan akan menggunakan bateri solid-state yang membenarkan ia dicaj sepenuhnya dalam masa beberapa minit sahaja.

Kenderaan EV sekarang memerlukan masa dalam 30 minit ke sejam untuk mendapat satu caj penuh dengan bateri lithium-ion mereka, itupun jika pengejac pintar atau smart charger digunakan.

 

solid-state versus normal battery
Perbezaan antara bateri biasa dan bateri solid-state ialah bateri solid state tidak menggunakan elektrolite cecair dan ini menjadikan ia lebih selamat.

 

Kenderaan EV dengan bateri lithium-ion juga hanya mempunyai jarak perjalanan sejauh 300 ke 400 km, walaupun apa yang Careta dapat sebenarnya jauh lebih rendah dari itu kerana di Malaysia, penggunaan pendingin hawa sangat diperlukan dan itu akan menggunakan lebih banyak tenaga elektrik dari bateri.

Pelan rancangan Toyota itu lebih kepada usahanya untuk emrapatkan jurang antara pemain EV lain seperti Nissan dan Tesla.

Selama ini Toyota lebih memberikan fokus kepada kenderaan hidrogen dan plug-in hybrid, namun awal tahun lalu ia mengumumkan akan memberikan tumpuan kepada kenderaan EV jarak jauh juga.

 

toyota CHR

 

Projek EV itu akan diselia oleh unit baharu di dalam syarikat Toyota sendiri dan akan diketuai oleh Presidennya, Akio Toyoda. Buat masa terdekat, Toyota dikatakan akan menghasilkan kenderaan EV menggunakan model CH-R di China.

BMW juga sedang menghasilkan kenderaan EV dengan bateri solid-state.

Diharapkan Geely-Proton akan turut berlumba-lumba untuk ke arah ini kerana dengan negara-negara maju yang sudah mula mahu mengharamkan penjualan kenderaan dengan enjin petrol atau diesel (UK dan Perancis keduanya bersetuju tiada lagi kenderaan berenjin dijual bermula tahun 2040 di dalam negara mereka).

 

proton emas country
Projek Proton Emas yang terpaksa diubah menjadi Iriz kerana ada pihak pengurusan yang tidak bersetuju Proton menggunakan enjin dari Mitsubishi. Projek Emas turut merangkumi varian EV.

 

Malaysia pula masih menunggu tahun hadapan untuk menaik taraf bahan api kita ke piawan Euro 3 dan penjualan kenderaan berenjin dua-lejang juga akan ditamatkan tahun hadapan, selepas beberapa kali ditunda atas sebab-sebab belas kasihan kepada pemain industri.

Mungkin satu hari nanti mereka sedar bahawa kepentingan rakyat lebih utama.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Global
  Apa lagi yang menyerlah? Badan yang jelas tinggi atau dinaikkan dari permukaan jalan sekitar 25…