Toyota C-HR Neon Lime by JBL - 2,000 unit terhad, harga dari RM117k untuk pasaran Eropah

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Siapa yang tidak kenal JBL? 

Syarikat Amerika yang bertanggungjawab mencipta serta menghasilkan peralatan audio yang berkualiti untuk kegunaan studio, rumah serta speaker Bluetooth mudah alih untuk anda bawa setiap hari. 

Di Eropah, Toyota bergabung dengan syarikat JBL untuk menghasilkan sebuah C-HR edisi terhad dengan warna Neon Lime yang sangat-sangat terang. 
 


Dihasilkan dalam 2,000 unit sahaja, crossover C-HR tersebut dipasang dengan sistem bunyi 360o JBL Music Experience Pack yang merangkumi set speaker dan fon kepala JBL. 

Selain daripada itu, Toyota juga turut memberikan akses langganan kepada perkhidmatan penstriman muzik dalam talian Deezer selama enam bulan. 

Untuk keselesaaan pemandu dan penumpang hadapan, Toyota mendatangkan kerusi yang sporty direka khas untuk C-HR edisi terhad, lengkap dengan balutan kulit dan Alcantara. 
 


Toyota C-HR Neon Lime by JBL ini menggunakan asas daripada model C-HR hibrid, dengan enjin 1.8 liter yang mampu menghasilkan kuasa 120 hp. 

Dakwa Toyota, dengan menggunakan pemanduan mod emisi sifar ia membolehkan pemilik menikmati pengalaman bunyi yang mengkagumkan daripada sistem audio JBL pada C-HR ini. 

Berita kurang baiknya, kesemua 2,000 unit C-HR Neon Lime ini dihadkan kepada pasaran Eropah sahaja dengan harga jualan bermula dari £21,885 (RM117,106) di United Kingdom.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini adalah berdasarkan imej teaser terbaharu yang diterbitkan oleh Toyota sendiri, serta kehadiran…
Berita Global
Menurut laporan Best Car Web, Toyota C-HR 2024 dijangka akan membawakan penawaran trenkuasa hibrid…
Berita Domestik
Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, lelaki berusia…