Toyota C-HR GR Sport - crossover talaan Gazoo Racing, hanya untuk pasaran Jepun!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Gazoo Racing nampaknya ingin memperluaskan lagi jangkauan sentuhan magis berprestasi tinggi mereka kepada kenderaan-kenderaan pelbagai segmen.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setelah memperkenalkan Copen GR Sport yang merupakan sebuah kei-car, Toyota kini beralih arah kepada menala crossover coupe pula, Toyota C-HR GR Sport. 

Jika versi TRD yang ada pada sesetengah model hanya ditawarkan dalam bentuk kit badan, Toyota C-HR menerima layanan khas daripada divisyen permotoran Gazoo Racing.
 


Ini kerana jika dibandingkan dengan versi standard, Toyota C-HR GR Sport kini menerima talaan kepada casis supaya ia memberikan pemanduan yang lebih jitu, serta rupa luaran yang lebih agresif!

Dimulakan di bahagian luar, Toyota C-HR GR Sport kini menampilkan bumper rekaan baharu, perlindungan bahagian bawah casis serta bezel lampu kabus yang lebih besar. 

Emblem GR Sport pula diletakkan di bahagian seperti gril, fender hadapan dan di bahagian belakang, manakala ruang arca roda pula dihiasi rim aloi dua tona bersaiz 19 inci yang dibaluti tayar 225/45 R19. 

 


Memasuki ruang kabin, stereng asal telah digantikan dengan rekaan stereng sporty yang lebih kecil diameternya, dibaluti kulit dengan jahitan berkembar warna perak dan diakhiri dengan logo GR. 

Trim dalaman juga kini diwarnakan dengan layangan warna perak gelap. 

Di sebalik perubahan kosmetik, apa yang lebih mengkagumkan adalah kesudian Gazoo Racing untuk menala beberapa aspek pemanduan seperti input stereng yang lebih sporty, serta talaan kepada sistem penyerap hentakan dan juga pengimbang. 
 


Toyota C-HR 2020 untuk pasaran Jepun ditawarkan dengan enjin 1.2 liter turbo yang memacu roda hadapan, serta transmisi manual pintar (iMT) enam nisbah kelajuan. 

Selain daripada enjin 1.2 liter turbo, Toyota C-HR turut didatangkan dengan enjin hibrid 1.8 liter THS II yang dipadankan dengan transmisi Super CVT-i yang memacu semua roda. 

Harga jualan bermula dari 2.37 juta yen (RM91 ribu) untuk model standard, manakala model C-HR GR Sport pula boleh didapati pada harga bermula dari 2.73 juta yen (RM105,106). 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Eropah, genre SUV ini menguasai 51 peratus daripada jumlah jualan kenderaan baharu sepanjang…
Berita Global
Ford Puma crossover yang muncul pada tahun 2019 itu kini bertindak sebagai alternatif SUV kepada…
Berita Global
Namun, tidak seperti model yang dipasarkan di Jepun, Corolla Cross facelift Thailand ini dilihat…