Toyota C-HR 2024, imej moden, trenkuasa PHEV, 223 hp, jarak sifar emisi 66 km

oleh Mohamad Hanif|
Setelah berada di pasaran sejak dari tahun 2017, Toyota akhirnya memperkenalkan model generasi kedua C-HR 2024 dengan membawakan imej super coupe yang lebih sporti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rupa paras luaran C-HR memang banyak mengambil inspirasi daripada model hibrid Toyota Prius, sementara garis bumbung yang sedikit melandai, diikuti dengan pemegang pintu yang tertanam kemas pada panel pintu untuk aspek aerodinamik yang lebih baik.
 

C-HR


Ia diserikan dengan layangan warna cat dua tona, diikuti dengan rim aloi bersaiz 20 inci.

Bahagian belakang pula tampil ringkas, dengan bar lampu LED melintang, diikuti dengan logo Toyota C-HR di bahagian tengah.

Dari segi ukuran, C-HR membawakan dimensi sepanjang 4,360 mm, lebar 1,830 mm, tinggi 1,558-1564 mm bergantung kepada varian, sementara jarak antara roda pula sepanjang 2,640 mm.
 

C-HR


Susun atur papan pemuka C-HR 2024 kini lebih moden penampilannya, dimulakan dengan skrin kluster digital 12.3 inci, skrin infohibur 12.3 inci, paparan head-up (opsyen), sistem pencahayaan ambien 64 warna, serta sistem audio JBL.

Terdapat juga bumbung panorama, sementara varian GR Sport Premiere Edition pula mendapat sentuhan yang lebih sporti seperti aksen merah berserta logo wajib GR.
 

C-HR


Toyota C-HR pasaran Eropah mendapat pilihan enjin hibrid 1.8 liter (140 hp) dengan sistem pacuan roda depan, diikuti dengan enjin 2.0 liter hibrid (198 hp) dengan pilihan pacuan roda depan atau AWD.

Varian 1.8L hibrid mampu memecut 0-100 km/j sepantas 9.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 170 km/j, manakala varian 2.0L hibrid pula mampu mencapai pecutan sepantas 8.1 saat (7.9 saat untuk versi AWD), sebelum mencapai kelajuan maksimum 180 km/j.
 

C-HR


Pembeli boleh mendapatkan C-HR varian plug-in hybrid 2.0 liter berkuasa 233 hp, dengan prestasi pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.4 saat, kelajuan tertinggi 180 km/j, dan jarak gerak sifar emisi sejauh 66 km.

Buat masa ini, Toyota sudah pun menerima tempahan bagi model C-HR di pasaran Eropah.
 

C-HR


Tidak diketahui sama ada C-HR generasi kedua ini bakal membuat kemunculan di Malaysia ataupun tidak, memandangkan tempatnya sebelum ini telah pun digantikan dengan model crossover Toyota Corolla Cross yang nyata sangat popular di sini.