Toyota C-HR 2020 - terima enjin hibrid baharu 2.0L, 181 hp

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Eropah kini menjadikan penawaran crossover kompak C-HR lebih menarik perhatian dengan menambah pilihan trenkuasa baharu bagi model tahun 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bermakna, selain daripada enjin 1.8 liter hibrid (120 hp), Toyota C-HR kini didatangkan dengan enjin 2.0 liter hibrid Dynamic Force berkuasa 181 hp, di mana menurut Toyota mampu menawarkan prestasi pemanduan dan kadar kecekapan yang tinggi. 

Selari dengan penambahan kuasa, sistem suspensi juga turut ditambah baik dengan rekaan baharu bagi keselesaan di samping mengekalkan ciri kawalan C-HR sedia ada. 

 


Talaan kepada sistem stereng elektrik EPS diberikan bagi menambah baik perasaan pengendalian crossover ini. 

Dengan pengenalan enjin baharu ini, bermakna Toyota Eropah tidak lagi menawarkan enjin terkecil 1.2 liter turbo yang menghasilkan 114 kuasa kuda pada C-HR, memandangkan majoriti pembeli crossover itu lebih gemar enjin hibrid. 

Memasuki ruang dalaman, Toyota C-HR 2020 menerima sistem multimedia serba baharu yang menawarkan ciri sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto, sistem navigasi dan ciri kemas kini OTA (Over-The-Air). 
 


Perubahan yang dibawakan pada bahagian luaran juga tidak kurang hebatnya apabila sistem lampu utama didatangkan dengan teknologi LED, serta lampu nyalaan siang disekalikan dalam satu perumah yang sama. 

Bumper hadapan juga turut diberikan kemasan baharu bagi menjadikan ia seakan bertambah dimensinya. 

Mengakhiri perubahan yang dibawakan adalah lampu belakang LED dengan rekaan baharu, serta spoiler bumbung berwarna hitam berkilat yang lebih kemas.
 


Harga jualan Toyota C-HR di UK bermula dari £25,625 (RM131,902) dan boleh didapati dalam empat gred berbeza, iaitu Icon, Design, Excel dan Dynamic. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini adalah berdasarkan imej teaser terbaharu yang diterbitkan oleh Toyota sendiri, serta kehadiran…
Berita Global
Menurut laporan Best Car Web, Toyota C-HR 2024 dijangka akan membawakan penawaran trenkuasa hibrid…
Berita Domestik
Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, lelaki berusia…