Toyota bZ SDN EV dikesan buat kali pertama!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada model bZ4X yang sudah pun mula dijual pada tahun ini, Toyota juga turut merancang untuk membawakan sebuah model sedan berkuasa elektrik pada masa akan datang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kelibat model ujian yang penuh dengan pelekat samaran itu dikesan di China dan ia dilihat membawakan beberapa persamaan dengan model konsep bZ SDN itu sendiri.
 

bZ SDN


Seperti contoh, rekaan bahagian hadapan dan belakang yang hampir serupa dengan model konsep bZ SDN, kehadiran liang kemasukan yang lebih rendah, serta rekaan arka roda yang lebih menonjol.

Ruang kabin pula membawakan pendekatan yang lebih minimalis, terdiri daripada sistem infotainmen tengah jenis terapung, diikuti skrin kluster instrumen digital, dan tombol kawalan berbentuk rotari.
 

bZ SDN


Menariknya, terdapat kertas spesifikasi yang sengaja ditinggalkan di bahagian atas papan pemuka yang mendedahkan sedan elektrik ini dihasilkan oleh BYD, dengan dimensi yang sedikit kecil daripada Camry, namun dengan jarak antara roda yang lebih panjang.

Menurut laporan, bZ SDN ini mempunyai ukuran sepanjang 4,725 mm, lebar 1,835 mm, tinggi 1,475 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,880 mm.
 

bZ SDN


Kerjasama Toyota dengan BYD bukanlah satu perkara baharu memandangkan Toyota sebelum ini telah mempunyai sebuah syarikat kerjasama yang digelar sebagai BYD Toyota EV Technology.

Ini secara tidak langsung memberikan bayangan bahawa bZ SDN ini bakal dibangunkan secara eksklusif untuk pasaran China, dengan membawakan teknologi bateri lithium-iron-phosphate LFP.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini adalah berdasarkan beberapa keping gambar yang muncul di laman web Kementerian Industri dan…
Berita Global
Berdasarkan imej paten yang berjaya diperoleh, ia menunjukkan sedan berkuasa elektrik itu kini kian…