Toyota bZ Compact SUV Concept, seperti biasa, tampil agresif!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota bZ Compact SUV Concept
Toyota bZ Compact SUV Concept
Selang sehari selepas memperkenalkan Prius baharu, Toyota kembali menarik perhatian dengan memperkenalkan  bZ Compact SUV Concept.

Dari satu model ke satu model, Toyota nampak begitu bersungguh di dalam agenda kenderaan elektrifikasi.

Toyota bZ Compact SUV Concept direka sebagai kenderaan bateri elektrik (BEV) penuh dan tampil senada dengan model bZ lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota bZ Compact SUV Concept

 

Bahagian depan mengingatkan kepada Prius baharu dan dari tepi tampil dengan garisan tajam dan permukaan berlekuk.

Bahagian belakang pula sarat dengan garisan dan lekukan tajam dan membawa imej rugged.

Secara keseluruhan, model ini nampak sibuk dengan pelbagai garisan tajam dan lekukan dan seperti sambungan kepada model baharu Lexus.

Jika bahagian luar tampil sibuk, berbeza pula dengan bahagian dalam yang tersusun dan kemas. 

 

Toyota bZ Compact SUV Concept

 

Papan pemuka tampil ringkas dengan dua skrin dan Toyota banyak menggunakan garisan melintang pada model ini. Tiada garisan atau bentuk yang tiba-tiba menjunam.

Membawa konsep mesra alam, para pereka menggunakan kerusi yang diperbuat daripada bahan kitar semula dan berasaskan tumbuhan.

Satu lagi ciri menarik ialah agen peribadi yang diberi nama Yui dan menghubungkan pemandu dan penumpang dengan kereta.

Yui boleh memberi respon kepada permintaan atau arahan daripada penumpang depan dan belakang.

 

Toyota bZ Compact SUV Concept

 

Berkenaan pakej elektrik, Toyota belum memaklumkan secara terperinci kuasa bateri dan juga jarak pemanduan yang boleh dicapai.

Walaupun masih sibuk dengan kenderaan hibrid, Toyota sebenarnya memandang keperluan pengguna secara menyeluruh dan mempunyai perancangan besar untuk kenderaan elektrik.

Toyota mahu memperkenalkan 30 buah BEV termasuk lima siri model bZ (Beyond Zero).

 

Toyota bZ Compact SUV Concept

 

Setakat ini Toyota telah melancarkan bZ4X untuk pasaran global dan menariknya crossover itu sudah pun memasuki pasaran Thailand dan Indonesia pada November. 

Giliran pasaran tempatan selepas ini?

Sebuah lagi model elektrik iaitu sedan bZ3 telah diperkenalkan di China pada Oktober dan bakal dikeluarkan pada 2023.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Toyota bZ Compact SUV Concept