Toyota buat eksperimen, sumbat enjin inline-3 GR Yaris dalam GR86!

oleh Mohamad Hanif|
Sudah lama para peminat model sports coupe GT86 (dan GR86) meminta Toyota untuk menyumbat nadi turbo pada kereta pacuan roda belakang itu, dan kini permintaan tersebut 'akan' ditunaikan dan direalisasikan oleh Toyota.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Namun, usah terburu-buru untuk mengeluarkan duit KWSP anda.

Ini kerana tiada jaminan Toyota akan menjual model GR86 bernadi turbo tersebut secara rasmi buat masa ini.
 

Boxer


Menurut laporan daripada CarSales, divisyen permotoran Toyota Gazoo Racing sedang membangunkan sejumlah kecil GR86 turbo untuk tujuan perlumbaan, akan tetapi ia bukanlah nadi boxer 2.4 liter yang diubahsuai dengan penambahan unit pengecas turbo.

Sebaliknya, unit enjin asal GR86 itu akan ditukarkan kepada nadi tiga silinder sebaris G16E-GTS yang kini digunakan oleh model GR Yaris dan GR Corolla, dan sudah pasti dengan angka output yang jauh lebih bertenaga berbanding angka kuasa kuda standard GR86 (228 hp/250 Nm).

Kesemua GR86 berenjin G16E itu akan digunakan secara eksklusif dalam siri perlumbaan Super Taikyu Jepun, di mana ia memberikan peluang kepada Toyota untuk menguji dan membangunkan bahan api sintetik.

Menurut laporan, nadi turbo versi perlumbaan itu mempunyai lejang yang pendek, kapasiti enjin dikurangkan daripada 1.6 liter kepada 1.4 liter dan dikatakan jauh lebih berkuasa berbanding output 300 hp pada model GR Corolla!
 

Gr


Ketika ditanya sama ada GR86 turbo ini bakal hadir dalam versi produksi sebenar, ketua jurutera Gazoo Racing Naoyuki Sakamoto menjelaskan pihaknya tidak menolak kemungkinan tersebut.

"Ya, kami sedang memikirkan penggunaannya pada masa depan, namun pada ketika ini masih lagi belum wujud pelan yang konkrit. Buat masa sekarang, kami akan menggunakan tetapan GR86 turbo ini untuk membangunkan bahan api neutral karbon.

Sumber: CarSales

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Sepanjang tempoh tersebut, jentera Corolla Sport itu telah melengkapkan kira-kira 358 pusingan…