Toyota berlumba guna tiga bahan api berbeza: hidrogen, CNF, dan petrol!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota baru-baru ini mengumumkan penyertaan di dalam perlumbaan ENEOS Super Taikyu Series 2022 menerusi tiga jentera yang berbeza.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menariknya, setiap jentera lumba tersebut masing-masing menampilkan penggunaan bahan api yang berbeza, di mana ia bakal membantu Toyota dalam usaha untuk membangunkan masyarakat neutral karbon, selain menjana minat di dalam produksi dan penggunaan bahan api yang lebih bersih secara meluas.

Tiga jentera yang dimaksudkan ialah:
ORC ROOKIE Corolla H2 Concept
ORC ROOKIE GR86 CNF Concept
TOM'S SPIRIT GR86

Menerusi perlumbaan endurans lima jam bertempat di Litar Suzuka minggu lalu, jentera GR86 dengan suapan bahan api bebas karbon (CNF) berjaya menghabiskan perlumbaan di tangga kedua, sementara jentera Corolla H2 Concept pula menduduki tangga kelima di dalam kelas ST-Q.

Sebuah lagi jentera GR86 berkuasa petrol dari pasukan TOM'S Spirit akan menyertai pusingan kedua perlumbaan tahun ini.
 

H2


Corolla H2 Concept membuat kemunculan rasmi pada tahun lalu dan jentera itu telah berjaya melengkapkan empat pusingan dalam siri perlumbaan Super Taikyu 2021.

Dalam tempoh enam bulan, prestasi enjin telah dipertingkatkan, dengan peningkatan kuasa sebanyak 24 peratus dan daya kilas sebanyak 33 peratus berbanding enjin sama dengan suapan petrol.

Untuk tahun ini, Toyota akan memfokuskan kepada jarak pemanduan selain mengurangkan masa pengisian bahan api.

Bahan api yang disuapkan pada Corolla H2 Concept ini dijana menggunakan tenaga solar, dan disimpan di dalam tangki beralas resin, sebelum diangkut ke tempat perlumbaan menggunakan trak yang lebih mesra alam.
 

CNF


Jentera lumba GR86 yang menggunakan bahan bakar bebas karbon (CNF) merupakan salah satu daripada projek pembangunan terbaharu Toyota bagi tahun 2022.

Unit enjin asal GR86 tidak digunakan, sebaliknya ia dipasangkan dengan enjin 1.4 liter turbo yang 'dilahirkan' daripada nadi tiga silinder 1.6 liter yang terdapat pada unit Corolla H2 Concept.

Menurut Toyota, biarpun proses pembakaran menghasilkan gas karbon dioksida, bahan api CNF tersebut menggunakan gas yang sudah pun terdapat di atmosfera. Ini membawa maksud jentera itu tidak menyumbang atau mengurangkan tahap CO2 di dalam atmosfera.

Bahan bakar CNF ini juga dikatakan sesuai digunakan pada teknologi trenkuasa dan infrastruktur pengisian bahan api sedia ada.

Jentera lumba terakhir merupakan sebuah GR86 berkuasa petrol dengan spesifikasi yang hampir kepada GR86 versi produksi, di mana pengetahuan yang diperoleh daripada perlumbaan ini akan diaplikasikan dalam pembangunan GR86 serta model-model yang lain.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…