Toyota bentang strategi elektrifikasi baharu, sasar 10 BEV menjelang 2026

oleh Mohamad Hanif|
Toyota kini mempunyai strategi elektrifikasi baharu di bawah pimpinan presiden baharunya Koji Sato yang menggantikan Akio Toyoda pada 1 April 2023 yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Biarpun gergasi automotif Jepun itu masih lagi mahu menawarkan pelbagai jenis kenderaan yang terdiri daripada trenkuasa yang berbeza, ia menumpukan penekanan yang lebih pada pembangunan kenderaan elektrik bateri (BEV) berbanding pengurusan yang terdahulu.

Menjelang tahun 2026, Toyota merancang untuk melancarkan sehingga 10 buah BEV baharu, dengan sasaran jualan mencecah 1.5 juta unit setahun.
 

BEV


Antara EV yang bakal menerjah pasaran termasuklah sebuah SUV tiga baris tempat duduk (2025) yang bakal diproduksikan di Amerika, dan dua EV baharu untuk pasaran China (2024).

Untuk pasaran Asia, Toyota merancang sebuah EV bersaiz kecil dan sebuah trak pikap berkuasa elektrik yang bakal memasuki fasa produksi menjelang akhir tahun 2023.

Sementara itu, naib presiden eksekutif Toyota, Hiroki Nakajima mendedahkan perancangan syarikat itu untuk BEV generasi berikut yang dijangka tiba selepas tahun 2026.
 

BEV


Berbeza daripada model BEV sedia ada, BEV generasi berikutnya itu akan menggandingkan tahap kecekapan yang lebih baik, jarak gerak dua kali ganda, serta menawarkan karakteristik pemanduan yang lebih mengujakan.

Bukan itu sahaja, beliau menjanjikan BEV baharu ini mempunyai aspek rekaan dan prestasi pemanduan yang lebih impresif.

Ujarnya lagi, satu pasukan khas akan ditubuhkan dan bertanggungjawab dalam membangun, memproduksi dan mengendalikan hal ehwal perniagaan yang berkaitan dengan kenderaan elektrik.

Selain daripada BEV, Toyota akan turut membangunkan kenderaan hibrid yang lebih cekap dan mampu milik, diikuti dengan kereta plug-in hybrid dengan jarak gerak sifar emisi sejauh 200 km.
 

BEV


Toyota juga akan meneruskan usaha di dalam membangunkan teknologi hidrogen dan bahan api alternatif yang bukan sahaja boleh mengurangkan pelepasan emisi pada model sedia ada dan model-model baharu akan datang.

Yoichi Miyazaki, naib presiden eksekutif Toyota turut membentangkan perancangan syarikat itu untuk setiap pasaran global yang mampu memenuhi keperluan yang berbeza, seperti berikut:
· Eropah - penggayaan dan prestas pemanduan
· China - elektrifikasi
· Jepun - pembangunan kenderaan kompak dan minivan
· Amerika Utara - pembangunan SUV dan trak pikap saiz besar
· Wilayah Selatan global - fokus kepada kualiti, kebolehpercayaan dan keterjangkauan