Toyota beli 5 peratus saham Mazda

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hujung minggu lalu Toyota telah mengumumkan untuk membeli lima peratus pegangan saham dalam syarikat Mazda dan keduanya akan menjalinkan usahasama untuk membina sebuah kilang di US dan akan bergabung untuk mengumpulkan teknologi-teknologi baharu.

Toyota dan Mazda masih belum menetapkan lokasi kilang tersebut di US tetapi bersetuju bahawa kenderaan pertama yang akan dihasilkan oleh kilang itu akan keluar pada tahun 2021.

Kos membina kilang tersebut ialah dalam US$1.6 billion dan akan mengambil lebih kurang 4,000 pekerja.

Januari lalu Ketua Eksekutif Toyota, Akio Toyoda berkata syarikatnya akan melabur sebanyak US$10 billion di US sahaja dalam tempoh lima tahun akan datang.

Perancangan itu sangat menarik kerana kebetulan Presiden US, Donald Trump pula berhasrat untuk meningkatkan kembali kadar pengilangan dalam negara US dan meminggirkan negara-negara seperti Jepun yang mempunyai nilai dagangan yang sangat tingi dengan negara Amerika itu.

Tindakan Toyota dan Mazda dianggap positif dalam usaja kerajaan US untuk meningkatkan peluang pekerjaan dalam negara mereka.

Tujuh bulan lalu, Presiden Trump telah memberi amaran kepada Toyota di mana jika ia memindahkan operasinya ke Mexico, Toyota akan menerima kadar cukai sempadan (border tax atau cukai membawa barang masuk ke dalam negara) yang tinggi.

Kali ini, Trump telah memuji tindakan Toyota dan Mazda dalam Twitter beliau.

Banyak negara yang mahukan pelaburan di dalam negara masing-masing bagi menjanjikan peluang pekerjaan untuk rakyatnya.

Malaysia juga sama dan usaha-usaha oleh MITI yang memberikan insentif sekiranya kenderaan dipasang di Malaysia. Ini sedikit sebanyak membantu menjana ekonomi domestik.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…