Toyota bekal alat ganti perlumbaan on-site - beri kemudahan kepada pelumba Vios Challenge

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Risiko dalam setiap perlumbaan tetap wujud, walau sebaik mana tetapan yang telah dibuat sebelum kereta memulakan pertempuran. 

Kesukaran untuk mencari alat ganti bagi memperbaiki bahagian yang rosak adakalanya memberikan kesan kepada prestasi, apatah lagi di dalam Vios Challenge, hanya alat ganti tulen sahaja dibenarkan untuk digunakan sepanjang perlumbaan. 

Melihatkan keadaan tersebut, UMW Toyota dan Wing Hin Motorsports selaku penaja bersama memperkenalkan perkhidmatan membekal alat ganti mudah alih sebagai tanda sokongan dan bantuan kepada pemandu dan pasukan untuk mendapatkan alat ganti. 
 


Inisiatif ini boleh dilihat menerusi kontena berwarna hitam yang terdapat di kawasan paddock Litar Sepang yang menawarkan pelbagai jenis alat ganti dan komponen sepanjang perlumbaan dua hari tersebut. 

Sebut sahaja apa jua alat yang diperlukan, dari sekecil nat dan bolt sehinggalah kepada komponen enjin dan juga unit enjin baharu dan transmisi!

Menurut William Loh, Pengarah Wing Hin Motorsports berkata, mereka tidak mewajibkan para peserta untuk mendapatkan peralatan daripada kontena tersebut, malah mereka boleh membelinya daripada sumber lain asalkan ia dijamin tulen oleh Toyota sendiri. 
 


Antara komponen yang kerap dibeli sepanjang perlumbaan hujung minggu termasuklah panel badan, bumper hadapan dan belakang, rim dan juga tayar.

Malah, menurut William lagi, mereka turut menjual satu set enjin lengkap dengan transmisi kepada pasukan yang mengalami kerosakan teruk, dan nasib mereka baik apabila pembaikan yang dilakukan membolehkan mereka berlumba pada keesokan harinya.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, ia juga turut menjadi asas kepada pembangunan jentera rali GR Yaris Rally1 yang…
Berita Global
Setiap satu dijual pada harga bermula dari €42,490 (RM216,333).   Toyota GR Yaris WRC boleh…
Sukan Bermotor
Para pelumba selebriti dalam kategori Promotional Class berpeluang untuk menjadi antara yang…