Toyota bangunkan Litar Nurburgring di Jepun!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Litar Nurburgring, salah satu litar paling mencabar di dunia dan menjadi tempat pengujian model-model baharu supercar, sports car malah SUV juga kini sudah mula diuji di sana. 

Namun, bagi pengeluar Jepun, jarak sejauh hampir 10,000 km memberikan kesukaran kepada mereka dari segi logistik, selain terpaksa melakukan 'silap mata' bagi mengaburi kamera-kamera intip yang bersedia untuk merakam aksi di litar tersebut.

Mungkin sesetengah pengeluar tidak kisah akan semua itu, namun bagi Toyota, mereka kini membuat keputusan untuk mengambil langkah yang berbeza - membina sebuah 'Nurburgring' di Jepun!
 


Bertempat di lokasi ibu pejabat operasi mereka di Toyota-shi, Jepun, ia menampilkan beberapa elemen Nurburgring seperti kawasan berkelajuan tinggi, selekoh dan pelbagai perubahan bentuk muka bumi setinggi 75 meter dari titik paling tinggi ke titik paling rendah.

Litar ini masih lagi dalam fasa pembangunan, di mana terdapat satu sektor kecil sepanjang kira-kira lima kilometer sahaja yang sudah dibuka untuk tujuan pengujian awal.

Menariknya, hampir 70% daripada kawasan litar tersebut dipelihara landskap dan kawasan hijau sebenar bagi mewujudkan suasana Litar Neraka Hijau tersendiri di Jepun. 
 


Menurut Presiden Toyota, Akio Toyoda berkata, "berdasarkan pengalaman kami di Nurburgring, saya rasa amat berbangga kerana berjaya untuk mencipta sendiri replika beberapa sektor litar Nurburgring di sini.

"Kami akan terus meletakkan apa yang terbaik bagi membangunkan sebuah kenderaan yang benar-benar memberikan pengalaman pemanduan yang lebih baik pada masa akan datang," tambah beliau.
 


Litar 'Nurburgring' Jepun atau Toyota Technical Center Shimoyama hanya akan beroperasi sepenuhnya menjelang tahun 2023. 

Sumber: The Drive

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Global
  Apa lagi yang menyerlah? Badan yang jelas tinggi atau dinaikkan dari permukaan jalan sekitar 25…