Toyota bakal tawarkan enjin 300 hp GR Corolla pada model GR Yaris MORIZO

oleh Mohamad Hanif|
Selepas berita berkenaan GR86 yang bakal mendapat nadi tiga silinder GR Yaris, kali ini giliran GR Yaris pula bakal menerima nadi G16E-GTS berkuasa 300 hp dan 400 Nm daripada GR Corolla yang baru dilancarkan di Amerika Syarikat.

Kedengaran pening bukan?

Tidak semua GR Yaris akan mendapat nadi 1.6 liter yang telah ditala semula itu, memandangkan Toyota sedang membangunkan varian GR Yaris MORIZO yang lebih pantas, lebih ringan dan lebih hardcore.

Berita pembangunan GR Yaris itu turut disahkan sendiri oleh ketua jurutera Gazoo Racing, Naoyuki Sakamoto.
 

GR yaris


Dengan meminjam nadi GR Corolla berkuasa 300 hp itu, GR Yaris MORIZO Selection itu dijangka mampu memendekkan masa pecutan 0-100 km/j standard 5.5 saat, selain membuang komponen yang tidak diperlukan seperti tempat duduk belakang - sama seperti apa yang dibuat oleh Toyota pada model GR Corolla MORIZO.

Sakamoto turut mengesahkan supermini itu tidak akan membawakan sistem ekzos unik GR Corolla disebabkan oleh kekangan ruang.
 

Morizo


Walau bagaimanapun, peralatan asas seperti sistem audio dan sistem pendingin hawa masih lagi akan dikekalkan, dan tidak ketinggalan sistem transmisi manual nisbah rapat enam kelajuan.

Dalam pada itu, Sakamoto menjelaskan ciri seperti mod drift dan launch control tidak akan diwujudkan pada mana-mana model GR akan datang.
 

GR Yaris


"Kami akan berpegang kepada kawalan semula jadi sesebuah kenderaan. Jika sebuah kereta itu sudah cukup bagus untuk dikawal, kami tidak perlu menyediakan sebarang mod khas.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
CEO baharu Toyota, Koji Sato dalam satu kenyataan mendedahkan bekas CEO terdahulu, Akio Toyoda kini…
Berita Global
Mengikut perancangan, Toyota hanya mahu menawarkan model edisi terhad itu untuk tahun pertama…
Pelancaran
Kereta sports kompak ini dikatakan menjanjikan prestasi sebuah hot hatch dengan tahap pengendalian…