Toyota bakal lancar Crown dalam bentuk sedan & SUV, jualan bermula tahun 2023

oleh Mohamad Hanif|
Toyota dilapor merancang untuk melancarkan model Crown dalam versi SUV (sport utility vehicle) sebagai pelengkap kepada model sedan untuk pasaran Jepun, China dan Amerika Syarikat, lapor Reuters.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut tiga sumber yang enggan dikenali, SUV Crown itu bakal ditawarkan dalam versi hibrid, plug-in hybrid dan model elektrik penuh (EV).
 

Crown


Langkah yang diambil oleh Toyota itu dikatakan mampu menjadikan penawaran Crown selari dengan trend pasaran semasa, di mana majoriti pengguna kini lebih menggemari produk SUV berbanding sedan.

Laporan itu turut menyebut, penjualan model SUV Crown hibrid dijangka bermula pada musim panas 2023 termasuk eksport ke pasaran China dan Amerika Syarikat, sementara model plug-in hybrid pula hanya dikhususkan untuk pasaran domestik Jepun sahaja.

Manakala model Crown EV pula bakal dilancarkan pada tahun 2024.
 

Sedan


Untuk mereka yang masih lagi menggemari sedan Crown, generasi baharu Crown dijangka akan muncul pada tahun ini, di mana kedua-dua versi sedan dan SUV akan dipasang di kilang Toyota City.

Laporan terbaharu ini dilihat bertepatan dengan berita yang pernah kami petik daripada laman web Jepun Best Car Web, di mana Toyota bakal membawakan versi SUV (digelar Crown Cross) untuk penawaran sedan Crown generasi baharu.

Pada zaman kegemilangan Crown tahun 1990, Toyota berjaya menjual sebanyak lebih 200,000 unit setahun, sebelum angka tersebut menurun kepada 101,000 unit tahun 2000 dan 36,000 unit pada tahun 2019.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
  Apa lagi yang menyerlah? Badan yang jelas tinggi atau dinaikkan dari permukaan jalan sekitar 25…
Berita Global
Atau mungkin anda lebih kenal dengan namanya yang asal seperti yang pernah kami laporkan sebelum…
Berita Global
Baca: Toyota Crown Sedan 2024 Bagi mereka yang duduk di negara Matahari Terbit seharusnya berasa…