Toyota bakal bina kilang EV di China, kos $1.2 billion

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada potensi China sebagai salah sebuah pasaran automotig terbesar di dunia, Toyota bakal bekerjasama dengan rakan tempatan FAW Group untuk membangunkan kilang produksi kereta elektrik di Tianjin, China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan dari Reuters, Toyota dan FAW Group bakal melaburkan kira-kira 8.5 billion yuan atau $1.22 billion (RM5.09 billion) untuk dijadikan sebagai hab produksi kenderaan tenaga baharu. 

Di China, kenderaan tenaga baharu diklasifikasikan sebagai kenderaan yang memiliki sistem pacuan daripada elektrik sepenuhnya, plug-in hybrid dan juga kenderaan sel bahan api. 

Setakat ini, Toyota masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung projek besar ini. 

 


Walaupun pasaran China mencatatkan kejatuhan jumlah jualan 8.2 peratus untuk tahun 2019, Toyota dan juga Lexus berjaya meningkatkan kadar penjualan kenderana mereka sebanyak sembilan peratus untuk tempoh yang sama. 

Beberapa media China turut melaporkan kilang baharu itu bakal beroperasi sepenuhnya selewat-lewatnya akhir tahun ini, namun tidak dapat dipastikan model yang manakah bakal dipilih untuk diproduksikan di kilang tersebut. 

Laman media Gasgoo mendakwa sebuah kenderaan elektrik bateri yang dibangunkan oleh Toyota dan BYD akan turut dibangunkan di fasiliti yang sama. 

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…