Toyota Aygo X Prologue - pengganti sebenar kereta segmen A paling laris di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Kenderaan di dalam segmen kereta mini (segmen A) sudah tidak banyak dihasilkan oleh kebanyakan pengeluar, namun Toyota masih lagi mahu kekal menguasai segmen itu dengan memperkenalkan konsep yang digelar sebagai Aygo X Prologue.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan sebuah crossover yang bakal menggantikan kereta bandar Aygo dan kali ini ia dihasilkan secara bersendirian oleh Toyota, tidak mendapat bantuan daripada Peugeot dan Citroen seperti sebelum ini.

 


Dari segi penampilkan, Aygo X Prologue menampilkan dimensi jarak kelegaan tanah yang ditinggikan, tayar 'berjenama Aygo X' daripada Goodyear, panel badan yang agresif, pemasangan fender flare, dan rekaan bumbung yang berlekuk.

Rupa asal Aygo yang berbentuk huruf X telah ditiadakan, dan digantikan dengan rupa baharu yang lebih bersih, dimulakan dengan unit lampu berbentuk C bersambung dengan jalur LED nipis, bukaan gril yang besar pada bampar, dua saluran udara sisi dan lampu kabus LED berbentuk heksagon.

 


Konsep yang sama turut digunakan di bahagian belakang, di mana lampu LED yang menegak itu disambungkan dengan jalur LED merah yang nipis.

Antara ciri menarik yang diperlihatkan termasuklah pemegang pintu yang tertanam, slot pemegang basikal yang terletak pada plet skid belakang, serta unit kamera aksi yang boleh didapati pada perumah cermin sisi.

 


Menurut Toyota, kamera aksi ini boleh digunakan untuk merakam momen penting ketika melakukan eksplorasi atau aksi-aksi lasak ketika hujung minggu.

Walaupun Aygo diklasifikasikan sebagai kenderaan segmen A, model X Prologue ini dibangunkan atas platform GA-B yang sama digunakan pada Toyota Yaris Eropah.

 


Tiada sebarang tarikh khusus diumumkan berhubung pelancaran rasmi crossover ini untuk pasaran Eropah.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…