Toyota Aygo X mungkin dapat varian GR

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Autocar
Crossover dengan varian prestasi tinggi bukanlah satu idea baharu, ia telah pun digunapakai oleh beberapa buah pengeluar sebelum ini untuk mereka yang gemarkan genre SUV yang pantas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jadi, bagaimana pula dengan Toyota yang baru-baru ini melancarkan crossover segmen A Aygo X? Adakah model baharu ini bakal didatangkan dengan versi GR?

Menurut naib presiden pemasaran dan produk Toyota Motor Europe, Andrea Carlucci kepada Autocar, mereka tidak menolak kemungkinan untuk menawarkan sebuah lagi produk yang sporti kepada para peminatnya.

"Secara jelasnya, ia tidak termasuk di dalam perancangan kami, tapi anda mungkin dapat membantu kami untuk melihat betapa besar potensi yang ada pada model tersebut.

"Jangan pernah katakan tidak!" ujarnya ketika mengulas kemungkinan untuk menghasilkan Aygo X yang lebih pantas.
 

Yaris


Menerusi jenama Gazoo Racing, Toyota merupakan antara pengeluar automotif Jepun yang mula menghasilkan kembali barisan kereta-kereta sports, dimulakan dengan GR Supra, GR Yaris, dan GR 86.

Sekiranya terdapat potensi besar, GR Aygo X mampu menjadi satu model aras mula di dalam keluarga GR.  

Disebabkan Aygo X berkongsi platform yang sama dengan Yaris, tidak mustahil enjin tiga silinder 1.6 liter turbo itu bakal muncul pada model GR Aygo X, namun ia mungkin perlu ditala semula supaya sesuai dengan peranannya sebagai model GR aras mula.

Sebagai makluman, enjin inline-3 G16E-GTS itu berupaya menghasilkan 268 hp dan 360 Nm yang dipadankan dengan transmisi manual dan sistem pacuan semua roda GR-Four.
 

GR Yaris


Namun di Jepun, Toyota turut menawarkan model aras mula GR Yaris RS, di mana ia hanya datang dengan enjin 1.5 liter M15A-FKS yang mampu menghasilkan 120 PS dan 145 Nm, dipadankan dengan transmisi Direct-Shift CVT 10 nisbah kelajuan.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Berita Global
  GR Circuit Edition kembali ditawarkan setahun lagi dan dalam warna Blue Flame selain Ice Cap…
Berita Global
Seperti contoh, bekas presiden Gazoo Racing Koji Sato yang juga pemilik sebuah AE86 mempunyai…