Toyota Avanza GR Limited dilancarkan - 3,700 unit sahaja, harga dari RM65k di Indonesia

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada model Agya yang dilancarkan baru-baru ini, Toyota Astra Motor (TAM) juga turut membawakan kemaskini GR Sport pada MPV tiga baris tempat duduk popular mereka, iaitu Toyota Avanza Veloz GR Limited.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di pasaran Indonesia, Avanza Veloz itu sendiri merupakan varian sporti kepada penawaran Avanza, dan untuk Avanza Veloz GR Limited ini TAM membawakan beberapa perubahan seperti penambahan pada bampar hadapan dan bampar belakang, elemen hiasan diffuser, logo-logo GR, serta kemasan hitam pada rim bersaiz 15 inci dan perumah cermin sisi.
 

GR Limited


Namun, untuk ruang kabin boleh dikatakan sama sahaja dengan penawaran yang dibuat sebelum ini.

Pembeli di negara jiran ditawarkan dengan dua pilihan enjin, iaitu enjin 1.3 liter yang menghasilkan 96.5 PS dan 120 Nm, dan enjin 1.5 liter yang lebih berkuasa menghasilkan 104 PS dan 136 Nm.

Tidak kira pilihan transmisi manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan, kuasa tersebut hanya disalurkan kepada roda belakang sahaja.
 

GR Limited


Difahamkan, Avanza Veloz GR Limited hanya ditawarkan sebanyak 3,700 unit sahaja sebagai meraikan ulang tahun yang ke-50 Toyota di Indonesia.

Harga jualan bermula dari 221.4 juta Rupiah (RM65 ribu) hingga 243.8 juta Rupiah (RM71,696).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, sehingga saat ini UMW Toyota Motor telah…
Pelancaran
Berbanding Avanza yang menggunakan platform ladder frame dan sistem pacuan roda belakang, Toyota…
Pelancaran
Untuk model terbaharu dengan kod nama D27A ini, Perodua kini menggunakan platform Daihatsu New…