Toyota Avanza generasi ketiga rasmi di Indonesia - kotak gear CVT, TSS, harga dari RM60k

oleh Mohamad Hanif|
Setelah sekian lama menanti, Toyota akhirnya secara rasmi melancarkan Avanza generasi ketiga sebagai model Avanza pertama yang menggunapakai pacuan roda depan.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Seperti yang diberitakan sebelum ini, Toyota Avanza kini menggunakan pelantar baharu dengan casis monocoque penuh, dimana platform baharu ini secara tidak langsung menggantikan pelantar ladder-frame yang digunakan pada Avanza terdahulu.

Disebabkan penggunaan platform baharu ini juga, Avanza tidak lagi membawakan pacuan roda belakang, sebaliknya menggunakan sistem pacuan roda depan sahaja.
 

Avanza


Dari segi dimensi, Avanza baharu ini membawakan ukuran sepanjang 4,395 mm, lebar 1,730 mm, tinggi 1,665 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,750 mm, jauh lebih besar jika dibandingkan dengan model Avanza sebelum ini.

Jarak kelegaan tanah juga turut meningkat daripada 200mm kepada 205 mm.
 

Avanza


Dua pilihan enjin ditawarkan dengan sedikit peningkatan kuasa, di mana versi asas mendapat nadi 1NR-VE 1.3 liter yang mampu menghasilkan 98 PS dan 122 Nm, sementara versi yang lebih berkuasa mendapat enjin 2NR-VE 1.5 liter dengan angka output 106 PS dan 137 Nm.

Tidak seperti model terdahulu, Avanza kali ini ditawarkan dengan transmisi CVT bagi menggantikan kotak gear automatik, selain daripada transmisi manual lima kelajuan.

Sistem suspensi pula menggunakan MacPherson Strut di hadapan, dan sistem torsion-beam di bahagian belakang, dengan pilihan rim bersaiz 15 inci sehingga 17 inci.
 

Veloz


Buat pertama kalinya, Toyota kini mengasingkan penawaran Veloz daripada keluarga Avanza, di mana spesifikasi Veloz (kini tanpa nama Avanza) ternyata jauh lebih baik jika dibandingkan dengan 'kembarnya'.

Varian Veloz yang lebih premium kini hadir dengan ciri keselamatan merangkumi kawalan kestabilan kenderaan, bantuan mula mendaki, ABS, EBD, serta kelengkapan Toyota Safety Sense seperti sistem pra-pelanggaran, amaran pergerakan kenderaan hadapan, bantuan keluar lorong, kawalan salah operasi pedal, amaran lintasan trafik belakang dan sistem pemantauan titik buta.

Mala, Toyota Veloz turut mendapat kelengkapan seperti paparan digital dan roda stereng dari Toyota Raize, papan pemuka yang lebih premium rekaannya, brek parkir elektronik, sistem pencahayaan ambien, slot pengecasan peranti pintar nirwayar, serta sistem pendingin hawa automatik.
 

Veloz


Harga jualan bermula dari Rp 206,200,000 hingga Rp 264,400,000 (RM60,118 hingga RM77,086) untuk Toyota Avanza, sementara Toyota Veloz pula bermula dari Rp 251,200,000 hingga Rp 291,500,000 (RM73,238 hingga RM84,987).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, sehingga saat ini UMW Toyota Motor telah…
Pelancaran
Berbanding Avanza yang menggunakan platform ladder frame dan sistem pacuan roda belakang, Toyota…
Pelancaran
Untuk model terbaharu dengan kod nama D27A ini, Perodua kini menggunakan platform Daihatsu New…