Toyota Avanza facelift 2019 - tiga varian, harga bermula dari RM81 ribu

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

UMW Toyota Motor Sdn Bhd hari ini mengumumkan penjualan bagi model facelift Toyota Avanza 2019 dengan tiga varian ditawarkan, iaitu Avanza 1.5E, Avanza 1.5S (menggantikan Avanza 1.5X) dan Avanza 1.5S+ (menggantikan Avanza 1.5G). 

Perubahan yang ketara dibawakan pada Avanza 2019 adalah reka bentuk luarannya yang kini menghampiri model Toyota yang lebih mewah dan tampil lebih agresif. 

Lampu utama berlapis menampilkan penggunaan lampu jenis Bi-LED bagi memberikan suluhan yang kuat, sekaligus meningkatkan kadar penglihatan di waktu malam. 
 


Ciri moden diteruskan dengan penggunaan pengelap cermin yang sensitif kelajuan, manakala pengelap cermin belakang pula beroperasi secara automatik apabila gear undur dimasukkan (sekiranya pengelap cermin hadapan beroperasi), memberikan penglihatan yang jelas ketika mengendalikan kenderaan. 

Kesemua varian hadir dengan rim bersaiz 15 inci manakala untuk varian Avanza 1.5S dan 1.5S+ hadir dengan kemasan dua tona. 


Bahagian dalaman pula menerima kemas kini warna dua tona pada papan pemuka, sistem pendingin hawa digital yang merangkumi ciri penapis udara bersih untuk kualiti yang lebih baik kepada para penumpang. 

Sistem multimedia 6.7 inci pula datang dengan ciri sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto, manakala untuk kemudahan para penumpang mengecas peranti pintar, terdapat dua slot pengecasan disediakan. 
 


Seperti Toyota Vios dan Toyota Yaris, Toyota Avanza juga dilengkapi dengan ciri pemantauan titik buta dan amaran lintasan trafik belakang sebagai standard pada varian 1.5S+. 

Manakala ciri standard untuk semua varian pula terdiri daripada dua buah beg udara SRS, sensor undur dan kamera undur (pilihan untuk model 1.5E). 
 


Kesemua varian Avanza dikuasakan oleh enjin 2NR-VE 1.5 liter Dual VVT-i yang mampu menghasilkan 105 PS dan 136 Nm daya kilas yang masuk penuh pada 4,200 rpm putaran enjin.

Kuasa tersebut disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi automatik empat nisbah kelajuan. 
 


Untuk Avanza 1.5S+, para pemilik akan menerima peranti perakam video digital (DVR) sebagai standard, manakala DVR untuk bahagian belakang pula ditawarkan sebagai pilihan dengan kos tambahan. 

Selain daripada itu, para penumpang di belakang boleh menikmati kandungan digital menerusi pemasangan skrin paparan pada siling Avanza bersaiz 8 inci yang boleh dilipat sekiranya tidak digunakan. 

Harga jualan bagi setiap varian adalah seperti berikut:

  • Avanza 1.5E -     RM80,888  
  • Avanza 1.5S -     RM83,888 
  • Avanza 1.5S+ -   RM87,888. 

   

   
Toyota Avanza 2019 ditawarkan dalam empat warna iaitu Dark Red Mica Metallic, Silver Mica Metallic, White dan Black Metallic

Berita Berkenaan

Kereta
  Kali pertama Avanza ini dilancarkan adalah pada tahun 2003 di Ekspo Auto Gaikindo dan telah pun…
Berita Global
Terima kasih kepada rakan media Autonetmagz.com, wajah baharu Toyota Avanza ini lebih jelas…