Toyota Avanza, ada apa dengan MPV legenda ini?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Avanza
Toyota Avanza
Sebagai pengguna, kita semua mempunyai pelbagai citarasa, keperluan dan kehendak. Di dalam konteks kenderaan, ciri tersebut menyerlah melalui pelbagai jenis segmen.

Ada kereta yang mempunyai dua, tujuh sehingga 11 tempat duduk. Ada kereta yang sesuai untuk menghantar anak ke sekolah dan ada yang begitu sedap dipandu di litar lumba.

Hakikatnya satu fungsi utama kenderaan bermotor ialah sebagai pengangkutan atau pada masa sekarang popular dipanggil sebagai mobiliti.

Satu daripada model kenderaan umum yang popular ialah Toyota Avanza.

MPV ini begitu popular sehinggakan pengeluar lain turut sama menawarkan model dengan pakej serupa. Tujuh tempat duduk, saiz sederhana, enjin kecil dan kedudukan badan tinggi.

Jika biasa berkunjung ke Indonesia, Toyota Avanza adalah satu pemandangan biasa dan ia ibarat Perodua Myvi untuk pengguna di sana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Toyota Avanza

 

Tidak hanya Indonesia dan Malaysia, Avanza dijual di sejumlah negara termasuk Mexico yang menunjukkan versaliti MPV ini.

Sejak tahun 2003 sehingga Disember 2019, sebanyak 1.8 juta unit Avanza telah terjual dan ini tidak termasuk si kembar Daihatsu Xenia!

Di Indonesia, Avanza merupakan model terlaris dari tahun 2006 hingga 2019 atau 13 tahun berturut-turut!

Dengan sambutan yang begitu baik, ada apa sebenarnya dengan Avanza?

 

Toyota Avanza

 

Berikut kami senaraikan kenapa Avanva merupakan pilihan yang baik untuk anda:

1. Praktikal

Rasanya hampir tiada yang mahukan Avanza untuk memandu laju atau ke litar lumba. Nampak sahaja Avanza, terbayang pelbagai kegunaannya.

Avanza boleh digunakan untuk membawa keluarga bersiar-siar, memuatkan basikal di belakang dan semestinya pulang ke kampung.

Bukan setakat kegunaan peribadi, anda juga boleh dapatkan Avanza untuk kegunaan syarikat atau komersial seperti mengangkut stok baju, sambal atau kuih raya.

Nak muatkan barangan ke ruang kargo belakang pun mudah kerana bamparnya tidak terlalu tinggi atau tebal.

Untuk muatan kargo yang lebih, lipat sahaja kerusi barisan kedua dan ketiga. Harus tahu kerusi baris kedua dan ketiga Avanza boleh dilipat dan dipisah separuh atau 50:50.

 

Toyota Avanza

 

Maknanya boleh lipat separuh dan tak perlu baringkan sebaris kerusi untuk barangan saiz kecil atau sederhana.

Satu lagi ciri menarik ialah anda tidak semestinya perlu memuatkan dari but belakang, buka pintu tepi barisan kedua dan lipat kerusi ke depan. Mudah kan?

Bab ketinggian badan pula tak perlu cerita, boleh melepasi permukaan yang beralun atau lopak jalan raya dan juga meredah banjir kilat (ini tidak digalakkan).

2. Saiz luaran dan dalaman

 

Toyota Avanza

 

Satu lagi kelebihan utama pada Avanza ialah saiznya. Dari luar sudah nampak saiz Avanza adalah sedang-sedang dan tidak besar.

Bukan semua pengguna mahukan MPV yang bersaiz besar. Ukuran panjang Avanza 4,200 mm, lebar 1,660 mm dan radius pusingan 4.7 m.

Dengan itu Avanza mudah untuk dikemudi di bandar dan juga kawasan yang sempit. Nak masuk parkir pun mudah kerana bonet yang tidak terlalu panjang. 

Tidak dilupakan stereng berkuasa elektrik atau EPS yang mesra pemandu.

Jadinya Avanza selesa dan mudah untuk dipandu hari-hari tanpa rasa 'terbeban' dek saiz yang besar. 

 

Toyota Avanza

 

Walaupun saiz Avanza nampak kecil dari luar, bahagian dalamannya pula tidaklah sempit.

Ini kerana para perekanya pandai bermain dengan saiz kerusi dan komponen lain supaya tidak semak dan sempit.

Akses untuk ke kerusi baris ketiga juga tidak rumit, tolak kerusi baris kedua ke depan atau lipat sahaja dengan fungsi one-touch tumble.

3. Enjin 1.5 Dual VVT-i

Ini juga faktor kenapa Avanza begitu seksi di mata pengguna. Bukan semua orang gemarkan enjin saiz besar disebabkan beberapa faktor seperti penggunaan minyak dan cukai jalan.

Avanza dibekalkan enjin moden 2NR-VE 1,496 cc dengan teknologi Dual VVT-i dan dipadan bersama transmisi automatik empat kelajuan.

Enjin itu membekalkan tenaga sebanyak 105 PS pada 6,000 rpm dan tork 136 Nm pada 4,200 rpm.

Angka tersebut tidak besar namun sudah memadai untuk menggerakkan MPV dengan berat 1,155/1160kg (kerb weight).

 

Toyota Avanza

 

Satu lagi keistimewaan mengenai enjin ini ia sebenarnya digunakan dengan meluas di dalam ekosistem kenderaan Toyota, Daihatsu dan Perodua.

Anda akan menemui enjin yang sama di dalam Toyota Rush, Daihatsu Terios, Perodua Aruz dan juga Myvi.

Setakat ini belum kedengaran lagi masalah pelik-pelik dengan enjin ini dan satu lagi faktor penting ianya buatan Toyota.

Cukai jalan pula hanyalah RM90 setahun!

4. Reka bentuk

Avanza di pasaran sekarang ini dari generasi kedua versi facelift yang diperkenal pada tahun 2019.

Tidak dinafikan, bahagian Avanza yang paling menyerlah ialah muka depan ala Toyota Vellfire dan Voxy.

Muka depan dengan konsep sama adalah perkara biasa untuk pengeluar kenderaan apatah lagi untuk keluarga MPV.

Reka bentuk sebegitu menjadikan keluarga MPV Toyota nampak harmoni.

Selain itu, ketiga-tiga varian Avanza (1.5S+, 1.5S dan 1.5E) menggunakan lampu depan jenis Bi-LED yang menyerlahkan auro moden dan terkini.

 

Toyota Avanza

 

Lampu belakang bentuk L dengan lensa putih dan merah juga turut menaikkan gaya moden Avanza selain antena bentuk sirip ikan yu.

Pada bahagian dalam, Avanza 1.5S+ dilengkapi perakam video depan (DVR), skrin sentuh saiz 6.75 inci dengan fungsi Apple CarPlay™ & Android Auto™, Wi-Fi, Pengecaman Suara, USB, Bluetooth® dan kamera undur.

Kesemua varian didatangkan dengan kawalan penyaman udara digital.

Dari segi reka bentuk, papan pemuka, kerusi dan pelapik pintu dibuat dengan elegan dan malar segar (timeless).

Secara keseluruhan sama ada dari luar dan dalam Avanza ini nampak selesa di mata tanpa garisan dramatik dan sekali lagi menjadikannya sebagai kenderaan malar segar dengan muka depan ala Vellfire menampakkan sisi moden.

5. Pengalaman berbeza!

 

Toyota Avanza

 

Seiring dengan perubahan citarasa, teknologi dan trend, Avanza terbaru ini menawarkan pemanduan dan keselesaan yang berbeza.

Jika anda pernah merasai model terdahulu ianya sangat berbeza sekali dan ini diakui oleh Hezeri Samsuri dan Salina Jalil semasa sesi pandu uji.

Maknanya Avanza terbaru terasa lebih premium, senyap, sedap dan bukan setakat kenderaan melasak sahaja.

Malah Salina sendiri mengakui Avanza mempunyai respon communicative dari segi pengendalian dan ianya satu dapatan yang menarik untuk segmen MPV sebegini.

Kesimpulan

Jadi adakah Avanza terbaru sesuai untuk anda? Pertama sekali anda harus memandu uji terlebih dahulu untuk merasainya sendiri.

Kedua, Avanza ini untuk pelbagai kategori pengguna.

Sama ada anda seorang penghulu kampung, keluarga kecil, peniaga mikro, ciri-ciri yang pada Avanza sudah memadai ditambah pula pengalaman pemanduan yang diperbaharui.

 

Toyota Avanza

 

Jika berminat, ada tiga varian Avanza iaitu 1.5E, 1.5S manakala pilihan premium 1.5S+ dilengkapi Blind Spot Monitor (BSM), Rear Cross Traffic Alert (RCTA) dan sistem audio lebih canggih.

Kesemua varian Avanza dilengkapi dua beg udara, ABS dengan EBD serta pam tayar mudah alih.

Bagaimana pula dengan harga?

Sempena pengecualian SST yang berlangsung, Toyota Avanza 1.5E dijual pada harga RM77,963.00, Avanza 1.5S RM 80,848.50 manakala varian tertinggi Avanza 1.5S+ pada RM84,848.50 (di atas jalan tanpa takaful).

Untuk ketenangan minda, Avanza didatangkan dengan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…