Toyota Avanza 2019 facelift - Vellfire versi marhaen

oleh Mohamad Hanif|
Kita bersiaran daripada negara jiran sebentar melihat muka baharu yang bakal ditawarkan oleh Toyota Avanza versi facelift, dan juga Daihatsu Xenia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terima kasih kepada rakan media Autonetmagz.com, wajah baharu Toyota Avanza ini lebih jelas kelihatan menampilkan rupa luaran yang lebih sporti diinspirasikan daripada model premium Alphard dan Vellfire. 

Pengaruh daripada kedua-dua MPV itu jelas kelihatan pada pembentukan muka hadapan yang terdiri daripada rekaan lampu berlapis, serta ruang gril tengah yang lebih besar yang juga berlapis.
 


Manakala bahagian belakang pula menampilkan bar krom yang melintangi pintu sebelum diapit dengan lampu utama. 

Menurut Autonetmagz lagi, tidak banyak perubahan yang dikesan untuk bahagian kabin, dan masih mengekalkan elemen utama yang ada pada model terdahulu. 
 


Dari segi sistem pacuan pula, Toyota Avanza 2019 masih mengekalkan penggunaan enjin 1.3 liter (pasaran Indonesia sahaja) dan 1.5 liter, masing-masing menghasilkan 95 PS dan 103 PS, dengan transmisi manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan. 

Berita Berkenaan

Kereta
  Kali pertama Avanza ini dilancarkan adalah pada tahun 2003 di Ekspo Auto Gaikindo dan telah pun…
Model Terbaharu
UMW Toyota Motor Sdn Bhd hari ini mengumumkan penjualan bagi model facelift Toyota Avanza 2019…