Toyota Avanza 2019 facelift - inspirasi mewah untuk MPV marhaen

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa gambar bocor yang menampakkan rupa sebenar Toyota Avanza tersebar di negara jiran, akhirnya model tersebut telah dilancarkan secara rasmi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti mana yang kita semua telah lihat, Toyota Avanza 2019 facelift menampilkan rupa bentuk muka hadapan yang serba baharu diinspirasikan daripada abang-abang besarnya Voxy, Alphard dan Vellfire. 

Rekaan lampu berlapis menghiasi ruang hadapan, diikuti oleh bukaan ruang pengambilan udara yang besar di bahagian tengah. 
 


Bahagian bumper pula kini lebih agresif dengan garisan-garisan yang lebih tajam. 

Manakala bahagian belakang pula membawakan rekaan yang sedikit berbeza di mana hanya varian tertinggi sahaja menerima ciri pemantul cahaya berlapis, jika dibandingkan dengan varian asas. 
 


Manakala ruang dalaman kabin pula tidak menampakkan sebarang perubahan yang ketara, melainkan sistem multimedia skrin sesentuh baharu dan rekaan dial berwarna biru pada paparan meter kluster. 

Untuk pasaran Indonesia yang begitu gemar akan segmen MPV ini, Toyota Avanza didatangkan dengan pilihan enjin 1.3 liter (97 PS) dan 1.5 liter (104 PS), dan pilihan transmisi manual dan automatik empat kelajuan.

Sumber: AutoIndustriya

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, sehingga saat ini UMW Toyota Motor telah…
Pelancaran
Berbanding Avanza yang menggunakan platform ladder frame dan sistem pacuan roda belakang, Toyota…
Pelancaran
Untuk model terbaharu dengan kod nama D27A ini, Perodua kini menggunakan platform Daihatsu New…