Toyota Australia hasilkan Land Cruiser 70 Series berkuasa elektrik untuk kegunaan lombong!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun Toyota boleh dikatakan nampak tak berminat di dalam perlumbaan kenderaan elektrik, siapa sangka jenama tersebut sebenarnya mampu menghasilkan teknologi sendiri yang mengujakan umum.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dan anda sendiri tidak akan sangka model yang kami paparkan ini sebenarnya telah dilengkapi dengan trenkuasa elektrik.

Memperkenalkan, Land Cruiser 70 Series BEV (Battery-electric vehicle)!

 


Menerusi kerjasama dengan syarikat perlombongan sumber terkemuka Australia BHP, Toyota Australia (lebih tepat lagi divisyen Perancangan dan Pembangunan Produk Toyota Australia) telah menjalankan ujian perintis dengan menggunakan sebuah Land Cruiser 70 Series yang akan digunakan untuk membantu kerja-kerja perlombongan.

Kuda kerja berkuasa elektrik ini akan diletakkan di Lombong BHP Nickel West yang terletak di barat Australia bagi mengurangkan kadar pelepasan emisi daripada fleet kenderaan tugas ringan syarikat tersebut.

 


Sekiranya ujian ini berjaya, ia akan mengurangkan kadar kebergantungan terhadap sumber kuasa diesel sekaligus membantu mencapai target untuk mengurangkan emisi operasi sebanyak 30 peratus menjelang tahun 2030.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sistem hibrid ringan itu menampilkan motor elektrik tunggal yang mampu menambah 16 hp dan 65 Nm…
Berita Global
Menurut naib presiden Jualan dan Pemasaran Toyota Australia, Sean Hanley memberitahu CarSales…
Berita Global
Biarpun sudah berusia 38 tahun, namun ia masih lagi mendapat permintaan yang tinggi, terutama di…