Selain itu, MPV digunakan untuk berjalan jauh dan pencarian pusat pengecasan di luar bandar adalah perkara terakhir yang mahu difikirkan.
Pengeluar yang ingin mencuba mungkin boleh menawarkan MPV setara Estima yang diabaikan Toyota tanpa pengganti.
Bercakap mengenai elektrifikasi, Toyota bukan mengabaikannya dan berpegang teguh kepada strategi multipathway (pelbagai laluan).
Maknanya Toyota tidak bergantung kepada satu-satu jenis teknologi sahaja.
Satu lagi bukti Toyota bertindak secara realistik ialah melalui Alphard dan Vellfire PHEV (Plug-in Hybrid Electric Vehicle) dan mula dijual pada 31 Januari 2025.
Model petrol dan hibrid elektrik (HEV) juga dipertingkat dan mula ditawarkan pada 7 Januari 2025.
Berbekalkan teknologi PHEV, pengguna boleh menikmati dua teknologi sekaligus iaitu enjin pembakaran dalaman (ICE) dan elektrik.
Tidak perlu risaukan lokasi pengecasan dan pada masa yang sama boleh menikmati pemanduan elektrik pada jarak 73 kilometer (WLTC).
Ciri-ciri Sistem Hibrid Plug-in Alphard dan Vellfire:
- Enjin 2.5 liter A25A-FXS, transmisi E-CVT, pacuan E-Four
- Kuasa keseluruhan 225 kW (306 ps)
- Jarak pemanduan EV sehingga 73 km (WLTC)
- Penggunaan bahan api 16.7 km/l (WLTC)
- Bateri litium-ion di bawah lantai tengah
- Pusat graviti 35 mm lebih rendah berbanding model HEV
- Sistem kawalan Smooth Stop baharu yang mengurangkan junaman semasa menyahpecut
- Bunyi enjin dikurangkan dengan menambah julat bantuan motor dan mengurangkan ligatan enjin
- Bunyi jalan dikurangkan melalui penambahan penebat pada papan pemuka, pintu dan bahagain dalaman lain
- Penambahan span uretana pada rangka badan untuk meningkatkan kadar kesenyapan
- Mod penukaran BEV/HEV automatik - bebanan pemanduan semasa perjalanan dijangka lebih awal seperti pemanduan bandar atau berbukit
- Dilengkapi pengecasan biasa dan pantas
- Tempoh pengecasan pantas sekitar 38 minit (80% daripada cas penuh, 50 kW, 125A)
- Pembekalan tenaga elektrik untuk perkakasan elektrik luar (1,500W, AC 100V)
- Fungsi Vehicle to Home (V2H)
- Bateri penuh dan setangki petrol boleh membekalkan tenaga elektrik selama 5.5 hari (10 kWj, 400 Wj)
- Mod My Room untuk menikmati penghawa dingin dan sistem audio daripada punca kuasa luar semasa pengecasan
Dari segi perkakasan, model PHEV dilengkapi rim aluminium 19 kemasan khas, stereng corak kayu dan pelapik bumbung Ultrasuede®.
Untuk model petrol dan HEV, kesemua varian dilengkapi Digital Inner Mirror dengan kamera perakam dan belakang terbina dalam.
Varian Z dan Z Premier ditawarkan sistem audio premium JBL dengan 15 pembesar suara dan sistem hiburan 14 inci di belakang.
Pembeli Vellfire boleh memesan warna khusus Precious Metal dan Toyota menambah varian X dengan lapan tempat duduk untuk Alphard HEV.
Alphard dan Vellfire PHEV hanya ditawarkan dalam varian Executive Lounge dengan enam tempat duduk sahaja.
Alphard PHEV berharga 10,650,000 yen (RM307,815) dan 10,850,000 yen (RM313,595) untuk Vellfire PHEV.
Penulis: Muhammad Md Tajudin