Toyota akan sajikan lebih banyak kereta sports GR - CEO Koji Sato

oleh Mohamad Hanif|
Era elektrifikasi yang sedang mengambil alih dunia tidak pernah menghalang Toyota untuk terus menyajikan 'hidangan menarik' buat golongan petrolhead, khususnya peminat divisyen Toyota Gazoo Racing.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

CEO baharu Toyota, Koji Sato dalam satu kenyataan mendedahkan bekas CEO terdahulu, Akio Toyoda kini mempunyai lebih banyak masa terluang untuk membangunkan model GR serba baharu.

Bercakap kepada Autocar, Koji menjelaskan, "Jenama Gazoo akan diiktiraf untuk masa depan, dan kami juga boleh mempercepatkan langkah tersebut.
"Master Driver kami (Akio Toyoda) sebelum ini bukan sahaja memegang jawatan presiden syarikat dan dalam masa yang sama memegang roda stereng sebenar di Gazoo. Kini beliau hanya memegang jawatan pengerusi, mungkin beliau mempunyai lebih banyak masa terluang untuk membangunkan kereta baharu?

Sehingga ke saat ini, Toyota Gazoo Racing mempunyai barisan kereta sports yang agak menyeluruh, dimulakan dengan GR Supra (termasuk varian manual), GR Yaris, GR Corolla serta GR86.

Toyota juga mempunyai perancangan tersendiri untuk penawaran kereta sports terbaharu, seperti yang diperlihatkan pada penghujung tahun 2021.

Usah dilupakan, syarikat itu juga kini sedang menguji enjin pembakaran dalaman berkuasa hidrogen seperti yang digunakan pada model prototaip Yaris dan Corolla.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti contoh, bekas presiden Gazoo Racing Koji Sato yang juga pemilik sebuah AE86 mempunyai…
Berita Global
Ini kerana model baharu itu dilihat mempunyai kedudukan penderia yang hampir sama dengan model…
Berita Global
Model pacuan roda belakang tersebut dibangunkan menerusi kerjasama dengan BMW, di mana ia banyak…