Toyota 86 generasi baharu bakal memakai lencana GR?

oleh Mohamad Hanif|
Toyota 86 dan adik-beradik yang sama platform dengannya (FT86, Scion FR-S, Subaru BRZ) memang tidak dinafikan sudah terlalu lama berada di pasaran semenjak tahun 2012.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Penggantinya pula sudah pun diumumkan oleh Toyota dan Subaru di mana platform asal Subaru ditolak ketepi dan menggunakan platform TNGA daripada Toyota. 

Namun, kepakaran Subaru turut penting apabila diberikan kepercayaan untuk meningkatkan kapasiti enjin asal kepada unit 2.4 liter turbo yang diperoleh daripada Subaru Ascent. 

Ini bermakna, Toyota GT86/Subaru BRZ bakal mempunyai kuasa setinggi 255 kuasa kuda standard kilang, terima kasih kepada jasa induksi turbo yang digunakan.
 


Namun, Autocar telah menemukan sebuah lagi informasi yang menyebut nama GT86 itu bakal ditukarkan kepada sebuah jenama berprestasi tinggi - GR.

Sekiranya benar, Toyota GT8.. err, maafkan penulis.. Toyota GR86 bakal menjadi kereta sports yang menggunakan awalan GR selepas Toyota GR Supra dan Toyota GR Yaris

Barisan kereta sports GR tersebut akan diketuai oleh Toyota GR Super Sport - sebuah hypercar dengan enjin V6 turbo berkembar 2.4 liter hibrid menghasilkan 986 kuasa kuda!

Toyota GR86 generasi baharu bakal hadir menjelang tahun 2021 diikuti oleh kembarnya Subaru BRZ. 
 

enjin 2.0 liter bakal digantikan dengan nadi 2.4 liter turbo Subaru Ascent. 

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bertempat di Litar Antarabangsa Sepang semalam, acara perlumbaan TGR Festival musim keenam telah…
Berita Global
Bayangkan jika lencana tersebut berada pada trak pikap bersaiz penuh seperti Tundra, baru-baru ini…
Berita Global
Difahamkan, trak pikap berprestasi tinggi ini akan hadir dalam jangka masa sebelum Toyota…