Toyota 86 Black Limited - selamat jalan, Toyota 86!

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda masih ingat, bulan Januari 1986 Toyota telah memperkenalkan model AE86 Black Limited sebagai model pengakhiran terhadap kereta sports pacuan roda belakang paling mampu milik pada masa itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia hanya ditawarkan eksklusif dalam bentuk hatchback tiga pintu, warna luaran hitam serta set rim berwarna emas. 

Sehingga kini, AE86 Black Limited merupakan salah satu daripada benda paling dicari-cari oleh para peminatnya yang tersendiri. 
 


Dengan jangka hayat Toyota 86 yang kini kian menghampiri penghujungnya, Toyota mahu melakukan perkara yang serupa terhadap kereta sports pacuan roda belakang dengan melancarkan Toyota 86 Black Limited.

Tidak seperti AE86 yang dihasilkan sebanyak 400 unit terhad, Toyota 86 Black Limited hanya diproduksikan sebanyak 86 unit di mana ia dibahagikan sama rata antara transmisi manual dan automatik. 
 


Toyota 86 Black Limited membawakan beberapa kemasan eksklusif seperti warna luaran serba hitam dengan rim 17 inci gangsa, set brek Brembo dengan cakera berliang, spoiler, penyerap hentak SACHS serta sedikit talaan kepada bahagian bawah badan untuk meningkatkan aliran udara. 

Tidak ketinggalan, hiasan visual di bahagian luar sebagai salah satu tanda penghargaan kepada model Black Limited asal.
 


Sementara itu, ruang dalaman pula menampilkan logo Black Limited yang dijahit pada papan pemuka, tempat duduk berliang yang dibalut dengan kulit dan Alcantara, serta balutan kulit palsu ala-ala suede pada papan pemuka. 

Untuk versi manual, harga jualan Toyota 86 Black Limited ditetapkan pada 3,518,000 yen (RM144,679) manakala versi mesra kaki kiri pula didatangkan pada harga 3,586,000 yen (RM147,476). 
 


Dengan pengenalan 86 unit Toyota 86 Black Limited yang dikhususkan untuk pasaran Jepun sahaja, ini bermakna tidak lama lagi Toyota akan memperkenalkan generasi baharu yang disebut-sebut sebagai GR 86. 

Ia bakal menampilkan enjin boxer berkuasa turbo dengan talaan 255 kuasa kuda selain menawarkan ruang dalaman dengan penggunaan bahan yang lebih berkualiti. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Creative311 dan video daripada Instagram kystify, kelibat model ujian…
Berita Global
Pengumuman ini turut menandakan pengakhiran produksi buat Toyota GT86 yang dipasang di kilang…
Berita Global
Ini kerana, berbeza dengan laporan yang pernah kami terbitkan sebelum ini, laman tersebut…