Toyota 2000GT 1967 LHD - harga cecah RM3.7 juta!!

oleh Mohamad Hanif|
Status ikonik supercar pertama dari Jepun, Toyota 2000GT memang tidak dapat disangkal lagi, lihat sahaja kepada nilai bidaan terkini yang dicapai oleh RM Sotheby pada 25 Oktober yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana, tiada siapa pun menjangka Toyota 2000GT versi panduan sebelah kiri ini mencapai angka $912,500 (RM3.7 juta) melebihi jangkaan asal $850,000 (RM3.5 juta).

Apa yang special pada kereta ini?

 


Pertama, ia merupakan salah sebuah unit daripada 62 unit pemanduan sebelah kiri yang dihasilkan (jumlah keseluruhan produksi hanyalah sekitar 351 unit!), dan yang kedua, unit ini dibeli dan dimiliki oleh bekas pelumba lagenda Amerika Otto Linton (1917-2018).

Selain daripada itu, model 2000GT tahun 1967 ini ternyata mencuri tumpuan ramai dengan penampilan warna Solar Red, dan nombor casis MF10-10110 yang membawa maksud ia merupakan unit ke-seratus keluar dari barisan produksi Toyota.

 


Rupa luaran sudah cukup mengkagumkan, apatah lagi keadaan dalaman yang sangat terjaga, di mana papan pemuka dan roda stereng kayu masih lagi dalam kondisi yang cemerlang.

Sedikit informasi berkenaan Linton, beliau yang pernah memiliki sebuah pusat pengedaran Toyota di Pennysylvania memegang Toyota 2000GT itu selama lebih daripada 30 tahun sebelum menyerahkan unit tersebut kepada rakan pengedar Rich Jacobsen.

 


Pemilik ketiga, Maince Line Exotics kemudian menjalankan proses restorasi terhadap Toyota 2000GT ini sebelum mempamerkannya pada Rolex Monterey Motorsports Reunion 2007 sebagai sebahagian daripada pameran ulang tahun yang ke-50 Toyota Motorsport.

Tidak lama selepas itu, ia berpindah milik beberapa kali sebelum tiba di dalam koleksi Elkhart RM Sotheby.

 


Toyota 2000GT pertama kali dilancarkan pada tahun 1967, di mana pada asalnya ia merupakan sebuah projek Yamaha.

Yamaha pada ketika itu mengambil enjin 2.0 liter enam silinder sebaris daripada model Toyota Crown, dan memasang komponen seperti tiga karburetor 2-barrel Mikuni-Solex 40 PHH dengan double overhead camshafts (DOHC) serba baharu yang mampu menjana kuasa sehingga 150 PS dan 175 Nm.

 


Kuasa tersebut disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi manual lima nisbah kelajuan atau automatik tiga nisbah kelajuan.

Dengan berat sekitar 1,088 kg dan pembahagian berat 49:51 depan dan belakang, Toyota 2000GT mampu mencapai kelajuan tertinggi 217 km/j.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kereta yang diperoleh daripada pengedar Toyopet Chiba pada ketika itu berada dalam keadaan yang…
Berita Global
Walaupun model tersebut wujud di dalam filem, akan tetapi Toyota sebenarnya tidak pernah langsung…
Berita Global
Malah pada awal tahun lalu, nilai untuk sebuah Toyota 2000GT sudah pun mencecah US$2.53 juta (RM11…