Toyo Proxes TR1 kini di Malaysia - 24 pilihan saiz, harga bermula dari RM199

oleh Mohamad Hanif|
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Pengganti kepada tayar Proxes T1R sudah tiba di pasaran Malaysia apabila pihak Toyo Tire Sales and Marketing Sdn Bhd membawakan produk tayar prestasi tinggi baharu, iaitu Toyo Proxes TR1.

Versi terkini dalam siri tayar prestasi Ultra Sporty Toyo direa khusus bagi mereka yang mahukan pengalaman pemanduan menarik sama ada di litar lumba mahupun jalan raya biasa. 

Ia menggabungkan reka bentuk yang unik ditunjukkan menerusi corak bunga asimetrik yang bergaya - memberikan prestasi pengendalian yang mengkagumkan di permukaan basah dan kestabilan ketika mengambil selekoh. 

 


Proxes TR1 membawakan gabungan reka bentuk Proxes Sport dan Proxes T1R dengan profil tayar yang lebih agresif alur condong yang panjang dan bukaan sisi lateral untuk saluran air yang lebih baik. 

Cri pengesan proses kehausan tayar ditunjukkan secara visual menerusi penggunaan lambang lima bintang yang menunjukkan kadar penggunaan tayar mengikut masa sebelum pengguna perlu menukar tayar baharu.

Selain daripada itu, kandungan bahan Super Active Polymers dan silika yang tinggi memberikan imbangan pada cengkaman ketika permukaan basah dan mengurangkan rintangan ketika sedang bergerak.


Sesi Pandu Uji Menggunakan Tayar Toyo Proxes TR1


Sesi pandu uji yang disediakan terbahagi kepada dua, iaitu ujian slalom yang disusuli dengan penukaran laluan pantas di jalan yang basah, manakala sesi kedua pula merupakan sesi pandu uji mengelilingi separuh daripada Litar Antarabangsa Sepang. 

Menerusi ujian ringkas di laluan slalom dan jalan basah, tayar Proxes TR1 didapati terbukti memberikan kadar cengkaman yang mencukupi terutama ketika kami membuat penukaran laluan yang pantas di jalan basah. 

Walaupun 'ekor' kereta sedikit membuang, akan tetapi kawalan masih lagi boleh dikuasai oleh pemandu selain memberikan jarak pemberhentian yang paling pendek. 

Sesi pemanduan di litar pula sedikit mengujakan apabila penulis diberikan peluang untuk memandu sebuah jentera BMW M3. 

Walaupun ini merupakan kali pertama penulis memandu di litar Sepang, tayar Proxes TR1 ternyata memberikan lebih keyakinan kepada penulis untuk menyerang selekoh-selekoh terkenal litar Sepang dengan tunjuk ajar daripada pemandu terlatih yang disediakan oleh Toyo Tires.
 


Secara tuntasnya, Proxes TR1 terbukti mampu memendekkan jarak pemberhentian kenderaan sebanyak 16% jika dibandingkan dengan tayar Proxes T1R selain mengurangkan kadar rintangan putaran yang memenuhi piawai R117 peringkat 2 yang ditentukan oleh UNECE (United Nations Economic Commission for Europe).

Proxes TR1 boleh didapati dalam 24 saiz tayar, dengan variasi saiz rim 15 - 19 inci dengan harga runcit disyorkan bermula dari RM199 sehingga RM800 bergantung kepada saiz tayar.

Ia boleh didapati di seluruh Malaysia dari 74 buah pusat jualan dan perkhidmatan setempat Toyo Tires, manakala promosi pelancaran pula menawarkan sebuah beg Targus bernilai RM109 untuk setiap pembelian satu set tayar Proxes TR1 sepanjang bulan Mei.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Proxes Sport 2 merupakan produk tayar berprestasi tinggi yang direka dengan dua ciri terbaharu bagi…
Berita Domestik
Kerjasama antara Tengku Djan Ley dan Toyo Tires adalah strategi utama dalam mengukuhkan posisi Toyo…
Berita Domestik
Katanya, pelajar-pelajar yang menerima Program Biasiswa Mahasiswa 2021 terdiri dari kalangan…