Toyo bakal perkenal tayar prestasi ultra sporti

oleh HEZERI SAMSURI|
Pembuat tayar terkenal dunia, Toyo bakal memperkenalkan varian tayar khusus untuk pemanduan prestasi ultra sporti.

Toyo Proxes TR1 baharu hadir dengan bunga asimetrik yang agresif dan juga menarik.

Antara cir-ciri yang mengujakan peminat kenderaan mengenai Proxes TR1 ini ialah corak bukaan sisi lateral di bahagian bahu tayar itu.

proxes all

 

Aluran atau "longkang" condong yang panjang bersama aluran lurus yang lebar digandingkan pula dengan corak blok berkakuan tinggi dengan bukaan tirus bukan sahaja memberikan rekabentuk tayar yang nampak garang, tetapi berkesan dalam memberi cengkaman yang tinggi untuk permukaan kering dan prestasi permukaan basah yang mengagumkan.

 

 

Ia juga menjamin aliran air yang tinggi untuk keluar dari permukaan tayar semasa memandu di jalan yang basah, mengurangkan risiko "aqua planning" dan meningkatkan keselamatan pemanduan.

Pemandu serius memerlukan keyakinan terhadap tayar pada kenderaan mereka. Toyo Proxes TR1 mampu membuatkan mereka tersenyum kerana gabungan bahan yang digunakan serta rekabentuk bunga itu meningkatkan cengkaman dan memberikan kestabilan semasa sesi pemanduan agresif.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Toyo Proxes CR1 dilancarkan secara rasmi pada Khamis, 19 November 2020 dan ianya merupakan tayar…
Informasi
Benar, tetapi bukan untuk semua permukaan off-road sebenarnya. Menurut David Wilson, seorang pakar…
Berita Domestik
Pusingan pertama siri perlumbaan jelajah Toyota Gazoo Racing (TGR) anjuran UMW Toyota memang nyata…