Tow For Life - khidmat tunda percuma untuk para pemilik kereta Volvo klasik di US

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara risiko memiliki sebuah kereta vintaj dan klasik ialah kemungkinan untuk tersadai di tepi jalan tanpa sebarang petanda, dan sudah tentu kos untuk menunda ke bengkel terdekat akan menyebabkan poket anda tercedera. 

Apatah lagi jika kereta lama anda memerlukan pakar yang lebih arif tentang perangai dan cara penjagaan yang sebenar. 

Bagi para pemilik kereta lama Volvo di Amerika Syarikat, usah risau kerana pengeluar dari Sweeden itu kini prihatin terhadap permasalahan anda. 

Servis baharu "Tow For Life" dari Volvo USA pada asalnya menawarkan khidmat penundaan kenderaan secara percuma tanpa sebarang kos bagi pemilik baharu Volvo, dan ia kini diperluaskan kepada para pemilik kenderaan klasik Volvo, seperti P1800 E atau 240 Wagon. 
 


Menurut Scott Doering, Ketua Unit Khidmat Pelanggan Volvo Cars USA berkata, "Servis Tow For Life ini menunjukkan komitmen kami bagi memastikan para pelanggan terus menggunakan alat ganti tulen Volvo, serta penyelenggaraan mengikut spesifikasi asal kilang tidak kira usia kenderaan itu sendiri.

"Ini bagi memastikan para pelanggan kami dapat menikmati pemanduan sebuah Volvo yang telah dijamin kualitinya serta boleh dipercayai," tambah beliau. 

Dengan adanya perkhidmatan Tow For Life ini, para pemilik kereta klasik Volvo boleh menggunakan kenderaan mereka ke mana jua (termasuklah menghadiri acara automotif) tanpa perlu risau tersadai atau kemungkinan tidak pulang ke rumah pada hari kejadian. 

Untuk para pelanggan di USA, para pemilik boleh menghubungi talian 1 (800) 550-5658 atau dengan menggunakan aplikasi mudah alih Volvo On-Call, dan para petugas Volvo akan dihantar ke lokasi dengan lebih tepat untuk tujuan tundaan. 

 

 

Mungkin ada baiknya jika kempen ini diperluaskan ke pasaran lain, khususnya buat para pencinta kenderaan lama Volvo di Malaysia. 

Sumber: Volvo USA

Berita Berkenaan

Informasi
Tegas beliau, beberapa faktor dikenal pasti mengenai tindakan pihak yang sengaja meletak kenderaan…
Berita Domestik
  Di dalam perkongsian tersebut, terdapat beberapa buah motosikal yang diletakkan di laluan…
Berita Domestik
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan mendapati pemilik kenderaan…