TOUCH 'N GO PERKENALKAN KAD ISTIMEWA SEMPENA KRISMAS

oleh Hamimah Hamid|
TOUCH 'N GO telah memperkenalkan dua produk istimewa bersempena sambutan Krismas.

Dua produk menarik tersebut merupakan kad NFC Touch 'N Go LUXE edisi Titan dan Touch 'N Go Charm edisi krismas berbentuk anak patung biskut halia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kad Touch 'N Go LUXE edisi Titan merupakan kad dengan sokongan NFC dalam warna hitam matte dengan kemasan berwarna emas.

Luxe titan edisi terhad

Dengan warna istimewa ini, ia memberi kad NFC tersebut kelihatan lebih mewah dan elegan. 

 

Berbeza dengan kad putih edisi biasa, kad ini dijual dengan bilangan yang terhad.

 

Selain itu, Touch 'N Go Charm edisi Krismas merupakan anak kunci berbentuk orang gingerbread dan mempunyai cip NFC didalamnya.

 

Ia dikeluarkan dengan dua pilihan pesona berbeza iaitu satu dengan selendang berjalur merah dan hijau, dan satu lagi dengan tali leher jenis bowtie dan suspender.

 

Sama fungsi seperti kad NFC Touch 'N Go, ia boleh ditambah nilai menggunakan aplikasi Touch 'N Go eWallet.

 

Ia turut boleh digunakan untuk melakukan pembayaran tanpa tunai di plaza tol, transit atau tempat parkir kereta.

 

Harga bagi Touch 'N Go Charm edisi Krismas adalah dijual pada RM30 setiap satu, manakala harga Touch 'N Go LUXE card edisi Titan dijual pada harga RM25.

 

Kedua barangan ini boleh dibeli menerusi kedai atas talian Touch 'N Go di Shopee dan Lazada.

 

Selain itu, pembelian secara fizikal boleh dilakukan melalui pusat jualan Touch 'N Go di Bangsar South dan Nu Sentral bermula pada 19 Disember.

 

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai produk ini, boleh layari www.touchngo.com.my.

 

 

Penulis: Firdaus Razani