Ini sekaligus membolehkan para pengguna membuat transaksi tambah nilai secara dalam talian menggunakan aplikasi eWallet TnG, dan tidak lagi perlu ke stesen minyak atau kedai fizikal semata-mata untuk menambah nilai kad.
Menurut laporan daripada Amanz, Touch 'n Go juga dikatakan akan mula menawarkan kad generasi baharu ini pada harga RM10 setiap satu, dan ciri tambah nilai secara NFC dijangka akan mula diaktifkan sekitar bulan Mei ini.

Namun begitu, kad ini masih lagi boleh ditambah nilainya secara fizikal di mana-mana kedai atau mesin layan diri, namun dengan ciri NFC sememangnya bakal memudahkan urusan terutama ketika menggunakan jaringan lebuh raya di sekitar Lembah Klang di mana pengguna tidak lagi perlu menambah nilai secara berasingan untuk kad fizikal serta eWallet.
Setakat ini, pihak Touch 'n Go tidak mendedahkan bilakah pelancaran rasmi kad generasi baharu ini akan dibuat.
Sumber: Amanz