Touch 'n Go perkenal GO+, ciri pelaburan terbina dalam e-dompet

oleh Mohamad Hanif|
Touch 'n Go Group hari ini melancarkan GO+, produk pelaburan kewangan yang membolehkan penggunan e-dompet TNG melabur serendah RM10 dan menerima pulangan pendapatan untuk setiap hari.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ciri pelaburan GO+ ini juga turut memperkenalkan fungsi 'cash out' yang membolehkan pergerakan dana antara e-dompet pengguna dan akaun bank yang telah ditetapkan, selain daripada baki yang boleh digunakan secara terus untuk pembayaran nirtunai.

Touch 'n Go eWallet merupakan pengendali dompet digital pertama yang telah mendapat kebenaran sebagai pengendali pasaran yang diiktiraf (Recognised Market Operator) oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang membolehkan mereka mengedarkan produk pasaran modal secara langsung termasuk dana unit amanah menerusi platform e-dompet TNG tanpa memerlukan penglibatan pihak ketiga.

Fungsi pelaburan GO+ ini boleh diakses oleh pengguna e-dompet TNG bermula 29 Mac 2021 dan terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Touch ’n Go dan PSKLM turut bekerjasama bersama MHA dan PLUS untuk menjalankan inisiatif unik itu…
Berita Domestik
Ketua Pegawai Operasi TNGD, Alan Ni, berkata langkah itu diambil bagi mengekang pengeluaran wang…
Berita Domestik
Rumah untuk Kanak-Kanak oleh Rumah Charis merupakan rumah perlindungan 22 gadis daripada latar…