Touch 'n Go lupuskan surcaj parkir di 94 peratus lokasi di seluruh negara

oleh SALINA JALIL|
Touch ‘n Go Sdn Bhd telah melupuskan surcaj letak kenderaan di 94 peratus lokasi di seluruh negara.


Dari 662 lokasi tempat letak kenderaan yang menerima kad Touch ‘n Go sebagai pembayaran, 620 telah memansuhkan 10 peratus surcaj tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Kami akan mencapai sasaran kami (100 peratus) dan kami akan menyelesaikannya secepat mungkin," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Effendy Shahul Hamid.

 


Sementara itu, PayDirect, fungsi yang membolehkan pemandu menggunapakai di tol dengan kad Touch ‘n Go mereka tetapi harga tol akan yang ditolak dari eWallet mereka, akan diperluas untuk bayaran parkir kereta.

 

Ciri ini kini terdapat di enam tempat letak kereta di Lembah Klang dan Pulau Pinang.

 

"Kami ingin memperluas perkhidmatan PayDirect secara menyeluruh sesuai dengan permintaan, terutama ke tempat parkir," katanya.

 

Mengenai penggunaan RFID Touch ‘n Go di lebuh raya, Effendy berkata bahawa mereka bekerjasama dengan rakan syarikat konsesi lebuh raya untuk membolehkan tol RFID di guna pakai di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

 

 

 

The Star

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Touch ’n Go dan PSKLM turut bekerjasama bersama MHA dan PLUS untuk menjalankan inisiatif unik itu…
Berita Domestik
Ketua Pegawai Operasi TNGD, Alan Ni, berkata langkah itu diambil bagi mengekang pengeluaran wang…
Berita Domestik
Rumah untuk Kanak-Kanak oleh Rumah Charis merupakan rumah perlindungan 22 gadis daripada latar…