Touch n' Go lancarkan kad NFC dan tag RFID edisi Transformers ONE

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Khusus untuk para peminat francais Transformers, Touch ‘n Go baru-baru ini telah mengumumkan pelancaran produk eksklusif baharunya iaitu kad NFC dan tag RFID edisi TRANSFORMERS ONE, filem terbaharu dari Hasbro dan Paramount Animation.

Untuk kad NFC, ia didatangkan dengan empat pilihan reka bentuk daripada empat watak ikonik, iaitu Optimus Prime, Bumblebee, Megatron dan Elita!

Pelancaran produk baharu ini juga menandakan kemunculan pertama tag RFID Touch ‘n Go berjenama IP yang akan ditawarkan dengan harga promosi

 

2

 

Produk premium Touch ‘n Go edisi TRANSFORMERS ONE ditawarkan dari RM25 untuk kad NFC, dan harga promosi RM35 untuk tag RFID.

Koleksi Kad NFC dan tag RFID edisi terhad itu boleh didapatkan bermula Isnin, 28 Oktober 2024 di Pusat Perkhidmatan dan Jualan Touch ‘n Go di Bangsar South dan NU Sentral, kedai KK Mart terpilih atau boleh dibeli di semua platform atas talian Touch ‘n Go.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Touch ‘n Go

Berita Berkenaan

Informasi
Selain daripada pelancaran produk, ia merupakan satu penghormatan kepada rakyat Malaysia dalam…
Berita Domestik
Touch ’n Go telah menyumbang RM30,000 dalam bentuk baucar beli-belah kepada 80 individu memerlukan…
Berita Domestik
Charm Touch ’N Go edisi Tahun Naga ini merupakan sebuah produk Touch ’N Go dengan sokongan NFC…