Touareg V8 TDI dilancarkan - SUV VW paling berkuasa!

oleh Mohamad Hanif|
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Segmen SUV nyata mencuri tumpuan pada minggu ini apabila Volkswagen melancarkan bukan sahaja satu, malah dua buah SUV yang akan membuat kemunculan rasmi pada acara Geneva Motor Show tidak lama lagi. 

Volkswagen Touareg, SUV mewah bersaiz pertengahan itu didatangkan dengan enjin 4.0 liter turbodiesel dengan angka 416 kuasa kuda dan 900 Nm sedia untuk dihamburkan. 

Dari segi prestasi pecutan, SUV besar ini mampu mencapai catatan masa 4.9 saat daripada pegun ke 100 kmsj sebelum mencapai kelajuan maksimum 250 km/j yang dihadkan secara elektronik.

Membantu pengendalian di atas jalan ialah sistem suspensi udara yang didatangkan sebagai ciri standard di samping rim bersaiz 19 inci. 
 


Antara ciri standard lain yang ditawarkan termasuklah boot lid berkuasa, pakej Light and Sight yang menawarkan ciri penggelapan cermin automatik dan lampu utama automatik. 

VW Touareg ditawarkan dengan dua pilihan pakej rekaan, terdiri daripada Elegance dengan penampilan yang lebih minimalis dan ringkas, manakala Atmosphere pula menawarkan rekaan dalaman yang lebih ke arah alam semula jadi. 

VW Touareg ini akan mula dipasarkan bermula bulan Mei ini. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Berbanding teknologi sebelum ini pemandu perlu berada di kerusi bagi mengawal kereta mengikut…
Berita Global
  Touareg yang kini memasuki generasi ketiga mempunyai sejarah panjang dan sejak penghujung 2002…