Toshio Asahi - terbabit dari generasi LS pertama sehingga kini

oleh HEZERI SAMSURI|
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Kesempatan untuk bertemu dengan seorang Ketua Jurutera dari Toyota Motor Corporation bukanlah satu perkara yang boleh diabaikan. Ini ialah kerana mereka adalah yang bertanggung jawab akan sesuatu model kenderaan dan informasi yang mereka kongsikan sangat bernilai untuk mereka yang sangat berminat akan automotif. 

Pagi tadi Careta dapat duduk bersama Toshio Asahi, Ketua Jurutera untuk projek generasi kelima model Lexus LS.

Toshio mula bekerja dengan Toyota sejak tahun 1991 dan antara kejayaan beliau ialah:

  • Bertanggung jawab untuk memastikan Toyota lulus dalam piawaian Eropah dalam gelombang radio kenderaan.
  • Duduk di dalam pasukan yang bertanggung-jawab untuk merekabentuk dan melancarkan Lexus LS generasi pertama.
  • Dalam tahun 1992, bertanggung-jawab dalam menghasilkan sistem smart-key untuk LS generasi ketiga dan juga dalam perkembangan teknologi sistem push-start Toyota.
  • Tahun 2002, Toshio masuk ke pasukan yang merancang konsep untuk LS generasi keempat. Beliau juga terbabit dalam teknologi elektronik dan sistem keselamatan kenderaan.
  • 2007, beliau terbabit dalam projek Lexus ES generasi kelima dan keenam.
  • 2008, Toship menjadi Timbalan Ketua Jurutera untuk projek ES generasi keenam.
  • 2014 sehingga sekarang, beliau ialah Ketua Jurutera untuk projek LS generasi kelima.

Toshio turut berkongsi sedikit informasi menarik mengenai Lexus LS generasi kelima yang dilancarkan tadi. Di bawah ialah sesi soal jawab Toshio bersama media dari Malaysia.

 

 

Apa yang berbeza dengan LS generasi kelima ini berbanding dengan LS yang sebelumnya?
LS generasi kelima masih mengekalkan tradisi LS sebagai sedan paling mewah untuk Lexus dan keluarga Toyota. Cuma kali ini, walaupun kabin sangat mewah dan direka sebagai kenderaan yang digunakan bersama pemandu (chauffeur driven vehicle), fokus turut diberikan kepada keseronokan pemanduan.

Lexus LS baharu datang dengan pilihan optional bernilai RM98,000 dan ia mempunyai Kiriko Cut Glass untuk kemasan pintu. Adakah ia menjadi satu objek yang merbahaya ketika kemalangan?
Tidak, ia sukar untuk pecah dan Lexus sendiri menyalutnya dengan satu filamen plastik agar ia tidak pecah bersepai jika pecah sekalipun.

 

 

Apakah yang menjadi tanda aras ketika membangunkan model Lexus LS terbaharu ini?
Lexus menggunakan BMW 7-Series, Mercedes-Benz S-Class, Tesla Model S dan Audi A8 sebagai penanda aras untuk LS ini.

Kenapa LS terbaharu menggunakan enjin 3.5L V6 yang lebih kecil berbanding enjin V8 dalam generasi sebelumnya?
Lexus mengkaji tren pasaran dan memang dalam masa lima ke 10 tahun lagi, tren enjin besar tidak akan popular. Ia juga memenuhi keperluan faktor sosial masyarakat dunia dan mengurangkan pencemaran.

 

 

Generasi pertama LS lebih ke arah bentuk sebuah limosin. Ia ringkas dan nampak gagah. Kenapa rekabentuk LS kali ini jauh berbeza dari rekabentuk LS yang sebelumnya. 
Kajian kami mendapati para pelanggan mahukan dua perkara ini dari sebuah Lexus -  ia nampak sporty umpama sebuah kenderaan dua pintu (coupe), tetapi ia tetap mempunyai ruang kabin yang luas dan selesa seperti sebuah sedan konvensyenal. Apa yang kami sampaikan dalam LS terbaharu ini ialah gabungan kedua-dua faktor itu.

Gril hadapan Lexus kini menampilkan rekabentuk spindle yang garang. Adakah ia terus kekal bersama Lexus?
Rekabentuk "spindle" itu buat masa sekarang akan terus digunakan. Tidak ada informasi ia akan ditukar.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ya, enjin sama yang wujud pada hot hatch GR Yaris itu dikatakan akan digunakan pada Lexus LBX,…
Berita Global
Reruai Toyota untuk tahun ini membawakan tema  “Let’s Change the Future of Cars – Find Your Future…
Berita Global
Menurut Presiden Antarabangsa Lexus, Takashi Watanabe menjelaskan kepada Automotive News, "adalah…