Torsus Praetorian jadi bas sekolah off-road!

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini kami pernah menyiarkan artikel berkenaan Torsus Praetorian yang mampu bertindak sebagai sebuah bas atau motorhome, dan dalam masa yang sama mempunyai keupayaan off-road yang tersendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Melihatkan kepada potensi yang lebih besar, adalah tidak menghairankan apabila syarikat Torsus itu hadir dengan varian yang lebih mesra digunakan oleh kanak-kanak, iaitu bas sekolah off-road!

Varian bas sekolah ini menggunakan asas daripada casis trak tugas berat MAN, dan direka untuk menawan segala macam bentuk jalan yang tidak normal menerusi ciri off-road seperti locking differential, suspensi jenis long-travel, brek drum, serta rim keluli yang dibaluti tayar off-road.

 


Menurut Torsus, Praetorian bas sekolah ini mempunyai sudut approach, breakover dan departure masing-masing 28, 41 dan 22 darjah.

Turut membantu pemanduan di jalan yang tidak rata adalah jarak kelegaan tanah setinggi 389 mm dan keupayaan untuk meredah air sedalam 700 mm

Unit kuasa pula tidak berubah, dan masih membawakan nadi diesel turbo enam silinder sebaris 6.9 liter yang mampu menghasilkan 286 kuasa kuda dan 1,150 Nm, dan keupayaan untuk mendaki laluan cerun bersudut sehingga 65 darjah.

 


Di bahagian dalam, bas sekolah ini dilengkapi dengan 35 unit tempat duduk, serta upholsteri unik yang direka untuk menyerupai diagram sains dan matematik.

Tidak terhad kepada penggunaan sebagai bas sekolah, Praetorian turut sesuai digunakan sebagai kenderaan menyelamat, bas untuk kegunaan kru, pusat media, atau sesuai sebagai camperbus untuk mereka yang gemarkan cabaran off-road.

Selain daripada itu, Torsus juga menawarkan aksesori ekstra seperti TV, pemain DVD, mesin kopi, peti sejuk, serta sistem pendingin hawa yang dipertingkat sesuai untuk kegunaan di padang pasir, serta penawaran yang lebih mewah seperti oven gelombang mikro, mesin basuh, ruang mandi, dan pelbagai jenis barangan yang boleh dibeli - asalkan ada duit.

 


Namun, harus diingat bahawa kos asas bas off-road ini bermula dari €166,000 (RM813,555) tidak termasuk kos opsyen yang disebutkan tadi.

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk tahun 2021, syarikat Torsus yang berasal dari Slovakia itu telah mengemaskini spesifikasi…
Gaya Hidup
Ini kerana dari segi luaran, anda sebenarnya melihat sebuah motorhome yang berasal daripada sebuah…