Beliau turut menyarankan pelaksanaan dasar yang lebih baik untuk menghindari sebarang gangguan dalam perjalanan sambil menambah kerajaan seharusnya memutuskan apa yang diperlukan untuk membuka sempadan termasuk dokumen yang diperlukan untuk tujuan perjalanan.
"Saya rasa itu akan dapat diselesaikan menjelang September atau Oktober apabila kita membenarkan perjalanan rentas negeri dan beberapa penerbangan antarabangsa,” kata beliau semasa webinar mengenai "Communication Organisational Change Across Culture" semalam.
Webinar ini dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia.