TOM's Racing buat crowdfunding program restorasi jentera GT Toyota Supra Castrol

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang sering mengikuti perkembangan sukan permotoran dari negara matahari terbit, Super GT Japan mungkin sekali salah satu disiplin perlumbaan yang menarik untuk diikuti, selain daripada D1GP.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dan tidak sah kemeriahan acara Super GT Japan tanpa kehadiran jentera  Toyota Supra TOM's Racing dengan layangan liveri Castrol yang sangat ikonik itu.

Namun, tahukah anda, jentera ini sebenarnya telah pun terbiar tanpa sebarang berita, dijumpai semula di sebuah unit storan bertempat di wilayah Chugoku, Jepun.

 


Menurut laman Carscoops, seorang pengguna Reddit telah menjumpai sebuah artikel di Jepun di mana pihak TOM'S Racing bertanggungjawab untuk menjalankan restorasi semula terhadap jentera ikonik ini.

Pihak TOM's Racing mensasarkan jumlah derma sebanyak 50,000,000 yen (hampir RM2 juta) dengan membuat sebuah laman crowdfunding, dan setakat ini telah pun mengutip dana sebanyak 990,000 yen (RM39 ribu).

Proses restorasi ini terdiri daripada dua fasa di mana fasa pertama dengan dana bernilai 10,000,000 yen (RM400 ribu) akan disalurkan kepada restorasi bersifat kosmetik luar dan dalam.

Manakala fasa kedua pula (30,000,000 yen atau RM1.19 juta) pula akan diperuntukkan untuk memastikan jentera ini mampu bergerak dengan cemerlang seperti zaman kegemilangannya.

 


Toyota Supra Castrol TOM's Racing membuat kemunculan rasmi pada kejuaraan All-Japan Grand Touring Car Championship tahun 1995 yag menjadi seteru utama kepada penguasaan Nissan Skyline pada ketika itu.

Namun, dalam perlumbaan tersebut, enjin 2JZ tidak digunakan sama sekali, sebaliknya digantikan dengan enjin 2.0 liter 3S-GTE yang diperoleh daripada kereta WRC Toyota Celica, dan berupaya menghasilkan 493 kuasa kuda dan 600 Nm.

Kemenangan pertama Toyota Supra di dalam JGTC berjaya diperoleh di litar Sendai Hi-Land Raceway pada 25 Jun 1995 diikuti dengan beberapa lagi kejayaan pada musim-musim berikutnya.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…