Tomica Transporter Series - pilihan Lamborghini Countach, Nissan 300ZX, Honda NSX-R, harga dari RM87 di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Di Jepun, syarikat pengeluar kereta berskala 1:64 Tomica telah melancarkan set Transporter Series dengan empat pilihan kereta, iaitu Lamborghini Countach 25th Anniversary Edition (warna putih atau kuning), Nissan Fairlady 300ZX Twin Turbo atau Honda NSX Type R generasi pertama.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
countach


Untuk model Countach itu tadi, anda boleh memilih sama ada untuk mendapatkan lori pengangkut bertutup penuh, atau lori jenis flatbed terbuka.

Sementara untuk Honda NSX, ia didatangkan khusus dengan lori pengangkut berwarna putih bertutup penuh, manakala Nissan 300ZX itu tadi dipadankan dengan transporter flatbed.
 

COuntach


Lamborghini Countach 25th Anniversary muncul pada tahun 1988 dengan kemaskini pada bahagian rekaan luaran, serta nadi V10 5.2 liter yang mampu menghasilkan 449 kuasa kuda dan 500 Nm.

Dalam era yang sama, Nissan muncul dengan model coupe Fairlady 300ZX generasi Z32.
 

300ZX


Pembeli boleh mendapatkan pilihan enjin V6 3.0 liter aspirasi natural, atau versi Twin Turbo di mana ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 300 hp dan 384 Nm.

Honda NSX Type R generasi pertama muncul pada tahun 1992 sebagai kereta sports yang lebih 'hardcore'.
 

NSX-R


Segala kelengkapan mewah telah dibuang, menjadikannya lebih ringan 120 kg berbanding model standard, diikuti dengan sistem suspensi yang lebih keras.

Enjin asal C32B bentangan V6 3.0 liter itu mampu menjana kuasa 276 hp dan 304 Nm, di mana pecutan 0-96 km/j adalah sepantas 4.9 saat.

Sepanjang tempoh produksi, hanya 483 unit NSX-R yang telah dihasilkan untuk pasaran Jepun.
 

300ZX


Berbalik semula kepada set Transporter Series Tomica itu tadi, setiap satu set dijual pada harga bermula dari 2,640 yen (RM86.91).

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk menyemarakkan lagi promosi tersebut di sana, Toyota Gazoo Racing bekerjasama dengan McDonald'…
Gaya Hidup
Hideki Kakinuma, Ketua Jurutera Honda Civic Type R dalam satu acara yang dianjurkan oleh Tomica…
Berita Global
Hadiah tersebut berupa model berskala yang diproduksikan oleh Tomica, iaitu sebuah model replika…